Wednesday, July 08, 2015

Kronologi Kelahiran Hero Ke-3 Danny Iskandar

Alhamdulillah.

Entry kali ini baru dapat untuk berkongsi detik-detik kelahiran hero ke-3 kami Danny Iskandar. 

Tarikh dijangka bersalin adalah pada 26 Mac 2015. Tapi di sebab kan anak pertama dan kedua lahir overdue jadi beranggapan anak ketiga pun sama. Dalam hati 1 April kot lahir nya hehehe!

23 Mac 2015 

3 hari sebelum due. Tanda-tanda bersalin masih belum ada lagi. Jadi masih gagah lagi bekerja!

24 Mac 2015

2 hari sebelum due. Pergi kerja seperti biasa. Tanda-tanda bersalin kecil mula dirasai tapi tidak kuat dan tidak merasai sakit pun lagi.



Husband pula dah excited pula menanti hero ke-3 nya, siap update dalam facebook! Dalam hati, ewah-ewah due pun lagi 2 hari lagi kot. Silap-silap 1 April, lambat lagi! Semakin dia excited, semakin bedebar rasa hati! Dalam hati x putus-putus berdoa agar kelahiran kali ini di permudah kan Nya.

Dah nekad, kalau boleh kelahiran kali ini nak betul-betul sakit baru pergi hospital. Bukan apa, sedih + rindu bila terpaksa tinggal kan Aleef Iskandar & Farish Iskandar. X sanggup rasa nya nak kena tahan lama-lama kat hospital.

Dalam pukul 8.00 malam, contractions begin! Mula mengira kekerapan contractions menggunakan hp huhuhu. Malam tue sempat lagi melayan kerenah Aleef Iskandar & Farish Iskandar si jantung hati.

25 Mac 2015

Pagi-pagi lagi husband sibuk menyiapkan Aleef Iskandar & Farish Iskandar untuk hantar ke sekolah dan rumah pengasuh.

Husband tanya sakit lagi ke? Dan suruh saya berehat di rumah sahaja. Lalu terus memaklumkan pada office yang kemungkinan MC hari ini.

Tengahari husband sms tanya sakit lagi ke? Constraction makin kerap dan semakin sakit ketika itu. Perut pula terasa lapar, dan teringat pula 1 April nanti bermula GST. Fuhhhh.. sakit-sakit pun sempat lagi teringat kan GST. Terus rasa nak ke Tesco borong kan stok pampers anak-anak. Takut xsempat nanti dah nak bersalin, nak berpantang lagi, pampers anak-anak pula dah nak kehabisan!

Gagahkan diri tengahari tue ke Tesco. Drive seorang diri even sedang contraction tue! Tak beritahu husband pun, takut dia bising hehehe! Lagipun orang kata banyakkan berjalan senang jalan tue bukak kan?  Constraction makin kerap dan semakin sakit dan 15 minit sekali kekerapan ketika itu. Bayangkan masa tengah bershopping bagai, nak ambil pampers tiba-tiba constraction, masa di kaunter pembayaran constraction. Menahan muka sakit tue dari dilihat orang-orang sekeliling.

Perut lapar, singgah beli KFC set ayam dengan burger! Siap add on 10pcs nugget!

Masuk kereta terus makan nugget KFC! Tengah-tengah panas sedap la makan kan! Tapi datang pula constraction, sedap-sedap makan terus x lalu jadi nya Drive pulang, constraction time drive. Nyaris time traffic light merah! Kalau x, xtahu lah macam mana nak menahan sakit sambil menekan pedal minyak!

2.30petang - Sampai rumah, makan sikit ayam tapi disebabkan sakit xlalu pun menghabiskannya. Burger KFC pun tak sentuh dah. Terus masuk bilik baring. Sakit makin kuattt, tapi dan kali ini kekerapan sakit 8minit sekali. Terus membaringkan diri berehat dan menahan sakit.

4.00petang - Dah rasa sakit yang xmampu nak bertahan. Sms husband suruh husband balik cepat sebab nak pergi juga ke hospital. Husband cakap dia ambil anak-anak dulu.

4.30petang - Husband sampai rumah dengan anak-anak. Seronok tengok muka anak-anak, mula menangis sebak rasa hati nak kena tinggalkan depa.

Sakit semakin kerap dan makin sakit sampai terpaksa genggam tangan husband. Tunggu mak dan abah untuk tolong jaga kan anak-anak. Sedih sangat masa nak tinggalkan anak-anak. Peluk cium anak-anak sebelum pergi hospital, sampai menitis air mata sedih.

Dalam kereta, memang xtertahan! Suruh husband doakan biarlah  dah buka bukaan. Xsanggup nak menunggu di bilik wad lama-lama.

Sampai di hospital dalam pukul 6.30petang dan selesai sahaja membuat pendaftaran dan CTG baby terus refer dengan Doktor. Saya ketika itu memang tak duduk diam, kejap-kejap berdiri, kejap-kejap duduk. Macam cacing kepanasan. Terus Doktor minta saya berbaring untuk check bukaan.

Bedebar-debar rasa nak tahu dan berdoa jalan dah bukak! Tanya Doktor, terus Doktor cakap dah 'full' nie.. Dalam hati, Isk isk isk i''m not a doctor! Mana nak faham ayat dia tue! Full tue berapa? Yang kita tahu 1cm, 2cm, 10cm kan! Then terus Doktor ckp dah 8cm dan terus panggil misi untuk hantar saya ke labour room!

Dalam labour room memang banyak 'moment-moment' tapi agak payah untuk diceritakan hehehe! Dipendekkan cerita, Doktor terpecahkan air ketuban, dan bukaan mengecut semula. Apa yang saya dengar ketika itu, kalau air ketuban saya tidak pecah, saya boleh terus meneran dan bersalin terus. Tapi disebabkan doktor terpecahkan, bukaan mengecut semula. Tapi ketika di atas katil lagi, memang saya dah xtahan, saya juga menepis tangan misi yang ingin check constraction..


Tapi syukur Alhamdulillah 9.15malam saya di masukkan ke dalam labour room, dan pada 9.30malam husband di panggil masuk menemani saya di sisi dan 9.42malam saya selamat melahirkan hero ke3 kami.

Ya Allah , haramkan wajah kedua-dua ibu bapaku dari disimbah api neraka. Kurniakan buat mereka syurga tanpa hisab. 


Ya Allah peliharalah anak-anakku selama ia berada diatas muka bumi ini dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan-Mu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah anak-anakku dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu. Ya Allah, mudahkanlah perjalanan dalam kehidupannya,murahkanlah rezekinya. Ya Allah jadikanlah anak-anakku sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.

No comments:

Post a Comment