Tuesday, July 14, 2015

Iskandar Turn 3 Part 1 : School

Assalamualaikum & Salam Sore!

Alhamdulillah.

10 Julai 2012 , masih teringat lagi saat-saat getir, pahit & manis semasa melahirkan putera pertama ku Aleef Iskandar.

Ye dan juga pada 10 Julai 2015 genaplah usianya 3 tahun. Alhamdulillah dipinjamkan Nya anugerah yang terindah ini yang akan kami jaga, pelihara sebaik-baiknya. Dan dengan harapan anak sulungku ini, Aleef Iskandar akan menjadi anak yang soleh, berjaya di dunia dan akhirat.

Diusianya yang baru sahaja memasuki 3tahun, dia juga telah menjadi abang kepada adik-adiknya! Semoga kelak, Aleef Iskandar akan menjadi contoh kepada adik-adiknya dan menjadi seorang abang yang penyayang!

Hari jadi kali ini Iskandar celebrate di sekolah dan juga pada malam hari bersama keluarga terdekat dan rakan-rakan saya dan husband! Jadi 2 cake edisi Ultraman ditempah sempena hari kelahirannya..

Saya & husband ambil cuti untuk meraikannya di sekolah bersama rakan-rakan sekolahnya. Disaat-saat akhir jugalah sibuk menyiapkan goodies untuk rakan-rakan sekolah nya.

Akhir kata, terima kasih kepada cikgu-cikgu dan rakan-rakan sekolah nya yang sama-sama meraikan hari kelahirannya. 











Ya Allah , haramkan wajah kedua-dua ibu bapaku dari disimbah api neraka. Kurniakan buat mereka syurga tanpa hisab. 


Ya Allah peliharalah anak-anakku selama ia berada diatas muka bumi ini dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan-Mu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah anak-anakku dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu. Ya Allah, mudahkanlah perjalanan dalam kehidupannya,murahkanlah rezekinya. Ya Allah jadikanlah anak-anakku sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.

No comments:

Post a Comment