Wednesday, July 01, 2015

After 3 bulan bercuti bersalin!

Assalamualaikum & Salam Sore!

Alhamdulillah. Rezeki anak ke3, rezeki anak mama Danny Iskandar..

Alhamdulillah di beri peluang dan kesempatan bercuti selama 3 bulan selepas kelahirannya..


Kembali bekerja semula! Berat rasa hati untuk bekerja semula! Apatah lagi merasai saat-saat untuk berpisah dari si kecil yang masih menyusui sepenuhnya dengan kita!

"Semoga anak mama, Danny Iskandar tidak risau, gelisah apabila situasi selepas ini tidak sama lagi. Mama akan sentiasa merindui saat-saat dari kelahiranmu dan saat-saat menjaga mu sehingga lah hari ke 90 mu...." 

Sedih rasa hati. Al maklum la, anak-anak yang dulu saya diberi kesempatan menjaga sehingga mereka setahun.


Ya Allah , haramkan wajah kedua-dua ibu bapaku dari disimbah api neraka. Kurniakan buat mereka syurga tanpa hisab. 


Ya Allah peliharalah anak-anakku selama ia berada diatas muka bumi ini dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan-Mu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah anak-anakku dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu. Ya Allah, mudahkanlah perjalanan dalam kehidupannya,murahkanlah rezekinya. Ya Allah jadikanlah anak-anakku sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.



No comments:

Post a Comment