Tuesday, July 14, 2015

Iskandar Turn 3 Part 2 : KFC Jaya Jusco Kinta City

Assalamualaikum & Salam Sore!

Part 2 sambutan kelahiran Aleef Iskandar. Memandangkan tahun ini, sekali lagi Aleef Iskandar menyambut kelahirannya di bulan puasa.

Adalah menjadi kewajipan bila hari kelahiran anak-anak akan disambut bersama keluarga terdekat dan rakan-rakan. Jadi, saya dan husband decide untuk membuat sambutan sekaligus berbuka bersama keluarga di KFC Jaya Jusco Kinta City.

Untuk pengetahuan, KFC Kinta City tiada perkhidmatan booking membooking meja nie. Makanya atas nasihat manager KFC sendiri dia suruh kami datang awal bagi reserved tempat.

Selesai majlis sambutan di sekolah Aleef Iskandar, dengan agak rushing kami balik dan terus bersiap untuk terus ke Jaya Jusco Kinta City!

Alhamdulillah kami dapat reserved tempat anggaran untuk 30 tetamu yang akan hadir. Makanya misi sambutan berbuka puasa sempena hari kelahiran Aleef Iskandar dapat disambut di sini. 



Nak dijadikan cerita, malam tersebut atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan adik Aleef Iskandar, Farish Iskandar yang memonopoli cake dan memotong cake Aleef Iskandar.





Aleef Iskandar hadir agak lewat di hari kelahirannya.. Orang dah selesai habis makan & potong cake baru dia sampai.. Huhuhu...





Akhir kata, Happy Birthday arjuna betaku. We love you so muchh!!

Selesai sudah majlis sambutan kelahirannya. Terima kasih kepada semua yang hadir dan meraikan hari kelahirannya. Terima kasih juga kepada yang  memberikan hadiah kepadanya. 
Ya Allah , haramkan wajah kedua-dua ibu bapaku dari disimbah api neraka. Kurniakan buat mereka syurga tanpa hisab. 


Ya Allah peliharalah anak-anakku selama ia berada diatas muka bumi ini dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan-Mu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah anak-anakku dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu. Ya Allah, mudahkanlah perjalanan dalam kehidupannya,murahkanlah rezekinya. Ya Allah jadikanlah anak-anakku sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.

No comments:

Post a Comment