Thursday, June 21, 2018

Perkhidmatan Kertas Kerja Untuk Membuka Pusat Tuisyen!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

ANDA INGIN MEMBUKA PUSAT TUISYEN??

UNTUK PERHATIAN. PIHAK KAMI HANYA AKAN MEMBANTU DALAM PROSES PENYEDIAAN KERTAS KERJA SAHAJA.

Full format lengkap disediakan dan pihak tuan/puan hanya perlu mengedit dan seterusnya submit kepada pegawai PPD di daerah tuan/puan. Yang penting kelulusan daripada Unit Swasta, JPN. Selepas mendapat kelulusan sementara (tempoh 1 tahun) buka pusat tuisyen/tadika baru tuan/puan perlu dapatkan kelulusan dari 3 agensi lain iaitu Pihak BerkuasaTempatan, Bomba dan Penyelamat dan Pejabat Kesihatan

Boleh hubungi saya di Whatsapp 016-3390096 / 017-5730969 (Call/Sms)

Maklumat lain yg perlu tuan/puan tahu adalah :-

Tatacara Penubuhan Pusat Tuisyen 

Lokasi
� Lokasi institusi hendaklah sesuai dengan iklim pengajaran pembelajaran, keselamatan, kesihatan dan lainlain
� Tiada gangguan atau ancaman bahan kimia atau kotoran sampah.
� Tidak berdekatan dengan pusat hiburan, perjudian, rekreasi atau pasar.
� Tidak berdekatan dengan tempat yang mudah terbakar, bengkel yang bising, sungai atau bangunan lama.
� Tidak terlalu dekat dengan institusi lain yang mengendalikan kursus yang serupa.
� Pemindahan lokasi hendaklah terlebih dahulu mendapatkan kelulusan yang bertulis daripada Kementerian Pelajaran.

Premis
� Premis yang digunakan bagi pusat tuisyen hendaklah sesuai dan selamat serta boleh didaftarkan sebagai sebuah pusat tuisyen.
� Sebarang penambahan/perpindahan premis/penubuhan cawangan hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada Kementerian Pelajaran.
� Pusat tuisyen mesti beroperasi di bangunan rumah kedai atau bangunan untuk tujuan komersial. Premis yang selain daripada itu tidak dibenarkan, melainkan premis yang diluluskan oleh pihak berkuasa tempatan.
� Piawaian yang telah ditetapkan bagi premis adalah:
o Penyenggaraan
o Pencahayaan,
o Pengudaraan dan ruang premis
o Bilik darjah
o Kemudahan asas premis

Pendaftaran Pusat Tuisyen
� Setiap permohonan pendaftaran institusi hendaklah dibuat dalam Borang A Jadual Pertama disertai fee yang ditetapkan oleh Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendaftaran Institusi Pendidikan) 1997 [P.U.(A) 534/97].
� Fee permohonan pendaftaran RM 150.
� Fee permohonan membaharui Perakuan Pendaftaran RM 50.
� Perakuan Pendaftaran sah untuk tempoh 5 tahun.
� Pusat tuisyen hanya dibenarkan menjalankan aktiviti bimbingan untuk mata pelajaran peperiksaan sahaja.
� Perakuan Pendaftaran hendaklah dipamerkan di tempat yang mudah dilihat di premis institusi itu
� Perakuan Pendaftaran tidak boleh dipindah milik.

Nama Institusi
� Nama institusi yang dicadangkan sesuai serta mengutamakan Bahasa Melayu, mempunyai unsur-unsur pendidikan dan bercirikan Malaysia.
� Nama institusi hendaklah dalam bahasa Melayu, bermula dengan �Pusat Tuisyen� dan diikuti dengan nama yang dicadangkan.
� Nama orang kenamaan tempatan yang telah meninggal dunia boleh digunakan dengan terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis daripada warisnya.
� Lain-lain nama yang tidak boleh digunakan termasuklah yang berikut:
o nama orang kenamaan yang masih hidup,
o nama tempat,
o nama jalan,
o nama singkatan,
o nama yang tidakmempunyai makna.
o nama institusi-institusi pendidikan yang terkenal sama ada di dalam atau luar negeri.
o nama yang menggunakan �yayasan /politeknik�.

Kurikulum
� Kurikulum yang diluluskan oleh Ketua Pendaftar hendaklah diguna oleh pusat tuisyen seperti yang diluluskan pendaftarannya.
� Mata pelajaran yang dibenarkan adalah mata pelajaran di bawah KBSR, KBSM, STPM dan mana-mana program peperiksaan yang diluluskan oleh Ketua Pendaftar.
Peruntukan Masa Beroperasi
� Setiap pusat tuisyen dibenarkan mengendalikan tiga sesi operasi, iaitu sesi pagi, petang dan malam.
� Masa yang diperuntukkan bagi setiap sesi adalah tidak melebihi yang berikut:
o sesi pagi 9.00 pagi - 11.00 pg
o sesi petang 3.00 ptg - 6.00 ptg,
o sesi malam 7.00 mlm-10.00mlm

Pengurusan
� Pusat tuisyen disarankan mempunyai �student hand book�.
� Tiap-tiap institusi hendaklah mempunyai surat cara pengelolaan yang dipersetujui oleh Ketua Pendaftar.
� Ahli Lembaga Pengelola hendaklah dianggotai olehsekurang-kurangnya tiga (3) orang termasuk pengerusi bagi pengurusan institusi pendidikan sebelum dibenarkan berdaftar dan beroperasi.
� Setiap pusat tuisyen perlu mempunyai rekod pendaftaran murid.
� Pusat tuisyen tidak dibenarkan menjalankan sebarang aktiviti luar bilik darjah.
� Setiap pusat tuisyen mesti mengutamakan keselamatan,kesihatan dan kebersihan murid.
� Setiap pusat tuisyen hendaklah memenuhi spesifikasi yang ditetapkan oleh 3 agensi:
o Pihak BerkuasaTempatan
o Bomba dan Penyelamat
o Pejabat Kesihatan

Yuran
� Jenis dan kadar yuran hendaklah berpatutan dan diluluskan oleh Ketua Pendaftar.
� Sebarang kenaikan yuran perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada Ketua Pendaftar terlebih dahulu.
� Kenaikan yuran pengajian boleh dipertimbangkan selepas 3 tahun.
� Kadar kenaikan yuran pengajian tidak lebih dari 30%.
� Notis 3 bulan hendaklah dimaklumkan kepada ibu bapa setelah mendapat kelulusan kenaikan yuran tersebut daripada Ketua Pendaftar.
� Pelaksanaan yuran baru adalah dibenarkan pada tahun berikutnya.
� Senarai yuran dan bayaran lain yang diluluskan hendaklah dipamerkan di tempat yang mudah dilihat di tadika itu dan hendaklah juga dimasukkan didalam prospektus institusi.

Hakmilik
� Warganegara asing tidak dibenarkan bagi mengusahakan pusat tuisyen.
� Jika institusi itu ditubuhkan di bawah nama syarikat (ROC), ia hendaklah mempunyai had ekuiti minimum Bumiputera sebanyak 30%.
� Sebarang pindaan struktur ekuiti/perubahan pemegang saham/ pindah hak milik mestilah mendapat kebenaran bertulis daripada Ketua Pendaftar.
� Aktiviti-aktiviti syarikat berkaitan pendidikan mesti jelas dinyatakan di dalam Memorandum and Articles (M&A).
� Bagi persatuan / pertubuhan yang hendak menjalankan aktiviti pendidikan, maka perlembagaan persatuan / pertubuhan berkenaan hendaklah menyatakannya dengan jelas seperti yang diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS).






Ya Allah , haramkan wajah kedua-dua ibu bapaku, wajah kedua-dua ibu bapa mertuaku dari disimbah api neraka. Kurniakan buat mereka syurga tanpa hisab. 


 Ya Allah peliharalah anak-anakku selama ia berada diatas muka bumi ini dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan-Mu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah anak-anakku dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu. Ya Allah, mudahkanlah perjalanan dalam kehidupannya,murahkanlah rezekinya. Ya Allah jadikanlah anak-anakku sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.

No comments:

Post a Comment