Monday, May 29, 2017

Permohonan Jawatan Penolong Pegawai

Assalamualaikum bloggers..

Iklan kekosongan SPA Perak baru buka, jadi mama Iskandar mencuba nasib untuk kali ini. Huhuhu. Actually mama Iskandar tak suka dengan jawatan yang sekarang ini. Atas alasan apa? Sebab jawatan sekarang bukanlah jawatan yang sesuai dengan jiwa dan perasaan mama Iskandar. Ngeheeeee.. Mengada sangat kan? ;)

So, semoga akan ada harapan, harapan, harapan dan harapan untuk rezeki jawatan ini or mungkin untuk jawatan lain kelak.  

Doakanlah yang terbaik untuk mama Iskandar ye! ;)

Psssstttt mama Iskandar just mohon 3 jawatan kekosongan sahaja..


Ok sekian dari mama Iskandar. Assalamualaikum dan semoga awak-awak semua berada dalam rahmat Nya  :)



Ya Allah , haramkan wajah kedua-dua ibu bapaku, wajah kedua-dua ibu bapa mertuaku dari disimbah api neraka. Kurniakan buat mereka syurga tanpa hisab. 


 Ya Allah peliharalah anak-anakku selama ia berada diatas muka bumi ini dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan-Mu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah anak-anakku dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu. Ya Allah, mudahkanlah perjalanan dalam kehidupannya,murahkanlah rezekinya. Ya Allah jadikanlah anak-anakku sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.

No comments:

Post a Comment