Wednesday, August 24, 2016

Melawat MIL Tersayang!

Assalamualaikum.

14 Ogos  2016 dapat khabar kurang enak di dengar dari husband, mak ( my love MIL) masuk hospital. Masa tue husband dalam kelas, so memang terus bersiap-siap untuk ke KL memandangkan mak dah di transfer ke HUKM.

Hati berdesukkkk terasa sedih terbayangkan wajah mak. Terus teringat memori indah manis bersama mak. Terus terang tiada langsung memori sedih atau marah dengan mak sebab mak lah orang kuat yang sentiasa di belakang kami selama ini. Pendek kata, she is the best mother in law or orang kata tanpa mak siapa lah kami. 

Our last pertemuan pun masa bulan puasa huwaaaaaaa.. Hari Raya? Hari Raya x berkesempatan berjumpa mak atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Okay, i share to you.. Paling best bila dapat jumpa mak, pastinya dapat makan sambal belacan kegemaran! Huuuhuuuu.

Husband balik sahaja dari kelas, kami terus shoot ke KL. Alhamdulillah, di permudahkan segala urusan & perjalanan. Anak-anak pun ceria dan seperti biasa bermain sahaja! 
HUKM

Pada awalnya kami merancang tidur di rumah sepupu di Putrajaya, tetapi bila memikirkan mak di HUKM dan untuk keselesaan anak-anak terus kami decide bermalam berdekatan HUKM.

Last minute pencarian, kami stay di Silka Hotel, Cheras.





Bermalam semalaman dan keesokkan harinya terus bersiap untuk makan dan melawat mak semula sebelum pulang ke Ipoh semula.





Keadaan mak nampak sehat, ceria dan sentiasa tersenyum melihat anak-anak dan cucu-cucu.



Semoga mak sentiasa di berikan kesihatan yang baik, dan di panjangkan usia agar dapat kita berjumpa dan bersama lagi. I love you Mak! Lia, Azam, Iskandar, Farish & Danny loveee you sangat! 





Ya Allah , haramkan wajah kedua-dua ibu bapaku, wajah kedua-dua ibu bapa mertuaku dari disimbah api neraka. Kurniakan buat mereka syurga tanpa hisab. 


 Ya Allah peliharalah anak-anakku selama ia berada diatas muka bumi ini dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan-Mu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah anak-anakku dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu. Ya Allah, mudahkanlah perjalanan dalam kehidupannya,murahkanlah rezekinya. Ya Allah jadikanlah anak-anakku sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.

No comments:

Post a Comment