Monday, February 02, 2015

Pengasuh Baru Farish Iskandar!

#Assalamualaikum dan Salam Sore!

Di penghujung tahun 2014, pengasuh lama Farish Iskandar beritahu tentang hasrat bertukar kerjaya.

Maksudnya tidak mahu mengasuh lagi. Terkejut dengan khabaran itu, kerana Farish Iskandar nampaknya sudah selesa bersama pengasuh lamanya. Maka terus menanyakan bila last day menjaga Farish Iskandar?

"Sehingga hujung bulan" jawab Mama Fara..

2 January akan bermula pekerjaan baru, maka secepatnya cuba mencari pengasuh yang baru untuk menjaga Farish Iskandar. Setelah dicari-cari dah disenarai list kan....

Pengasuh 1 : Pengasuh lama yang pernah menjaga Aleef Iskandar
 - mempunyai 3 orang anak, 2 orang perempuan dan seorang bayi

Pengasuh 2 : Pengasuh lama yang pernah menjaga Aleef Iskandar
 - menjaga agak ramai budak termasuk seorang bayi yang baru dilahirkan

Pengasuh 3 : Jiran kepada pengasuh lama Aleef Iskandar
 - belum pernah mengasuh budak. teringin mengasuh sebab anak tunggalnya telah besar berumur 8 tahun.

Pengasuh 4 : Dapat contact dari kakak, dan kebetulan kawan ada menghantar anaknya ke situ.
 - mempunya 4 orang anak, dan sedang mengasuh 5 orang budak termasuk 2 bayi

** Dalam banyak-banyak Pengasuh, akhirnya bersepakat dengan husband untuk menghantar Farish Iskandar kepada Pengasuh 3 kerana memandangkan Pengasuh ini a.k.a Kak Ana tidak menjaga budak yang lain dan hanya akan menjaga putera kami Farish Iskandar.

Okay just nak share tentang Kak Ana ( Pengasuh Baru Farish Iskandar )

-Alhamdulillah dan bersyukur sangat bila pengasuh lama memperkenalkan Kak Ana kepada kami. Kak Ana belum pernah mengasuh atau menjaga budak-budak. Tapi Kak Ana mempunyai seorang anak lelaki yang kini berumur 8tahun.

-Maka dengan kehadiran Farish Iskandar menceriakan lagi kehidupan mereka.. ewaaahhhh hehehe. Okay, memang dah niat kalau nak cari Pengasuh, nak yang ada Whatsapp senang sikit pantau dan tahu apa yang anak kita sedang buat kan??

-Hari pertama dah berwhatsapp minta "Picture" anak.. Then hari-hari kemudiaannya Kak Ana sendiri yang menghantar "Picture" anak tanpa perlu diminta lagi. Kadang tue sehingga 6-10 keping "Picture" yang dihantar hehehe..
















































** Alhamdulillah di permudahkan penjagaan untuk si anak kecilku ini.

No comments:

Post a Comment