Wednesday, February 11, 2015

Hero-Hero Kesayangan Dunia & Akhirat

#Assalamualaikum & Salam Sore.

Kebusanan di petang yang indah.

Makanya belik-belik handphone dan tengok muka anak-anak kesayangan.

Mereka sangat rapat dan sentiasa bersama berdua.

Tetapi tidak dapat dinafikan akan berlaku perbalahan, makanya si adik sentiasa di buli abang nya.

Huhuhu... Disebabkan jarak mereka dekat, makanya tidak boleh dielakkan..

Kadang-kadang kesian tengok si adik yang sentiasa dibuli abangnya....




p/s : Cepat besar ye wahai si abang agar mampu memahami dan mendengar kata-kata mama & papa agar tidak lagi membuli si adik yang sangat manja.. love both of you so much!

My 1st Salary!

#Assalamualaikum & Salam Sore.

Februari. Masuk bulan ke-2 saya bekerja dalam sektor awam di bawah pusat kerajaan Negeri Perak.

As usual, untuk kakitangan baru gaji dapat sedikit lewat or selalunya pada bulan kedua bekerja.

Awal-awal pagi dapat whatsapp dari salah seorang rakan yang sama-sama melapor diri pada awal tahun ini.

"gaji dah masuk.."

Eh? Teruja rasa nya. Gaji Februari masuk awal memandangkan perayaan Tahun Baru Cina jatuh pada 19 dan 20 Februari. Makanya gaji untuk bulan Februari dapat pada hari ini! Hehehe.

Memandangkan bulan Januari saya belum lagi menerima gaji, maka untuk bulan ini dapat double gaji lah. Wahhhh wahhhh memang menunggu gaji 1st ini! Al maklum la wang simpanan pun makin bekurangan, banyak nak guna banyak nak di pakai tambahan bakal menerima lagi seorang cahaya mata. Banyak preparation yang perlu disediakan.

Eh.. saya tidak lah sampai masuk office terus buka maybank2u okay. Hahaha. Terleka seketika mengadap laman Groupon bercuci-cuci mata di pagi hari! Dalam pukul 11.00am baru teringat untuk check maybank2u. Maka sepantasnya menaip di URL................


Jengggg.. Jengggg..

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. ;)


--------------------------------------------------------------





Tuesday, February 10, 2015

Persiapan Bersalin Part 3

#Assalamualaikum & Salam Sore.

Persediaan bersalin Part 3 a.k.a kali ke-3 menyediakan nya hehehe!


Alhamdulillah. Minggu ini masuk 34weeks kandungan ke-3 saya. Buku merah pun dah kelihatan semakin uzur dan comot dan sekaligus menampakkan "due" semakin menghampiri..

Pejam celik pejam celik cepat masa berlalu. Rasa baru semalam melahirkan putera kedua ku Farish Iskandar.

Check up yang lepas misi dah nasihatkan agar "get ready" persiapan bersalin. But sehingga kini masih belum prepare persiapan bersalin.


Jadi cepat-cepat search dalam blog sendiri persiapan bersalin dan print out list yang perlu disediakan.


Okay, penting menyediakan persiapan bersalin nie ye untuk ibu-ibu mengandung. Untuk mengelakkan kekalutan di saat-saat akhir.


p/s : Hopefully this weekend dapat melengkapkan keperluan bersalin nie di sebabkan rasanya banyak barang-barang yang perlu dibeli..

Monday, February 02, 2015

Pengasuh Baru Farish Iskandar!

#Assalamualaikum dan Salam Sore!

Di penghujung tahun 2014, pengasuh lama Farish Iskandar beritahu tentang hasrat bertukar kerjaya.

Maksudnya tidak mahu mengasuh lagi. Terkejut dengan khabaran itu, kerana Farish Iskandar nampaknya sudah selesa bersama pengasuh lamanya. Maka terus menanyakan bila last day menjaga Farish Iskandar?

"Sehingga hujung bulan" jawab Mama Fara..

2 January akan bermula pekerjaan baru, maka secepatnya cuba mencari pengasuh yang baru untuk menjaga Farish Iskandar. Setelah dicari-cari dah disenarai list kan....

Pengasuh 1 : Pengasuh lama yang pernah menjaga Aleef Iskandar
 - mempunyai 3 orang anak, 2 orang perempuan dan seorang bayi

Pengasuh 2 : Pengasuh lama yang pernah menjaga Aleef Iskandar
 - menjaga agak ramai budak termasuk seorang bayi yang baru dilahirkan

Pengasuh 3 : Jiran kepada pengasuh lama Aleef Iskandar
 - belum pernah mengasuh budak. teringin mengasuh sebab anak tunggalnya telah besar berumur 8 tahun.

Pengasuh 4 : Dapat contact dari kakak, dan kebetulan kawan ada menghantar anaknya ke situ.
 - mempunya 4 orang anak, dan sedang mengasuh 5 orang budak termasuk 2 bayi

** Dalam banyak-banyak Pengasuh, akhirnya bersepakat dengan husband untuk menghantar Farish Iskandar kepada Pengasuh 3 kerana memandangkan Pengasuh ini a.k.a Kak Ana tidak menjaga budak yang lain dan hanya akan menjaga putera kami Farish Iskandar.

Okay just nak share tentang Kak Ana ( Pengasuh Baru Farish Iskandar )

-Alhamdulillah dan bersyukur sangat bila pengasuh lama memperkenalkan Kak Ana kepada kami. Kak Ana belum pernah mengasuh atau menjaga budak-budak. Tapi Kak Ana mempunyai seorang anak lelaki yang kini berumur 8tahun.

-Maka dengan kehadiran Farish Iskandar menceriakan lagi kehidupan mereka.. ewaaahhhh hehehe. Okay, memang dah niat kalau nak cari Pengasuh, nak yang ada Whatsapp senang sikit pantau dan tahu apa yang anak kita sedang buat kan??

-Hari pertama dah berwhatsapp minta "Picture" anak.. Then hari-hari kemudiaannya Kak Ana sendiri yang menghantar "Picture" anak tanpa perlu diminta lagi. Kadang tue sehingga 6-10 keping "Picture" yang dihantar hehehe..
















































** Alhamdulillah di permudahkan penjagaan untuk si anak kecilku ini.

Farish & Iskandar Balik Ke Kampung!~

#Assalamualaikum & Selamat Sore!

Al-kisah dua minggu lepas ibu saudara yang berada di kuala kangsar dikhabarkan akan mengejarkan umrah. Jadi kami berkesempatan pulang ke kampung berjumpa dengan ibu saudara sebelum dia berangkat mengerjakan umrah.

Makanya hari minggu yang memang berkelapangan kami membawa 2-2 hero pulang ke kampung.. Dapatlah kami menghirup angin yang segar di kampung hehehe..




Aleef Iskandar bergembira bermain di kampung halaman