Friday, January 09, 2015

My 3rd Pregnancy

Assalamualaikum & Salam Sore!


Alhamdulillah dengan izin Nya dan rezeki yang di berikan kini saya telah mengandung anak ke-3.

Pada saat ini, hari ini , 9 january 2015 genap kandungan saya 29 weeks. Baru berkelapangan mengadap blog dan berkongsi cerita gembira yang lama terpendam ini! hehehe!

Untuk pengetahuan pada awalnya memang kami pelan untuk merancang, merancang apa ye? Merancang untuk menjarakkan kelahiran anak seterusnya. Meaning nya selepas kelahiran Farish Iskandar, anak ke-2 kami, kami merancang untuk menjarakkan kelahiran seterusnya demi memberi kasih sayang sepenuhnya kepada Aleef Iskandar & Farish Iskandar..

Tapi, tanpa diduga.... tanpa sempat merancang, kami telah dianugerahkan amanah untuk menjaga bakal anak ke-3 ini... Ehh, terkejut juga ye sebenarnya! Perasaan tergamam pun ada!

Simptom-simptom kelewatan period tidak ada, pastinya belum ada kerana ketika itu anak ke-2 masih full breasfeeding & belum sampai period lagi selepas melahirkan Farish Iskandar. Jadi, tidak pernah terfikir akan melekat dengan begitu cepat!

Mulai merasa diri pregnant ketika itu husband call beritahu akan "tapaw" kan makanan untuk lunch. Memandangkan ketika itu di tempat kerja saya memang tiada kedai makan "sedap" yang menyelerakan tekak. Makanya, bila husband busy so dia akan "tapaw" kan untuk saya huhuhu..............

Waktu tue macam x senang duduk, asyik tengok jam jea. Macam orang gila menunggu makanan yang dihantar. So, rasa pelik dengan diri sebab xpernah kebuluran macam tue. Xboleh bersabar dan bising-bising marahkan husband. So, rasa syak wasangka pada diri. Terdetik dalam hati? Pregnant ke?? Mulai risau juga..

Malam tue xsempat nak singgah farmasi beli UPT (urine pregnancy test) sebab dah kelewatan! So, keesokkan malam nya beritahu husband macam terasa pelik dengan diri & rasa macam pregnant kot. So, malam tue keluar & husband beli kan UPT (urine pregnancy test)..

Sampai rumah cepat-cepat ke toilet.. berdebar-debar rasa nya!! Then keputusan nyaaaaaa....
................." +ve " ! Serius xsangka + perasaan gembira yang tidak boleh diluah kan dgn kata-kata!

Selang beberapa hari terus ke klinik swasta dan doktor mengesahkan yang saya prengnant 5-6weeks.

Kami terima kehadiran si kecil dengan hati yang gembira..... Tidak pernah sekalipun menolak rezeki yang diberikan Nya. Tapi mungkin selepas ini akan merancang semula, demi anak-anak... Hehehe! Bagi mereka besar dulu ye..... Baru tambah lagi!



2 comments:

  1. Hehehe. Unexpected pregnancy during planning perasaan nya berbeza kan? Hahaha. Tapi excited nya sama. InsyaAllah kali ni sebaya lagi sama macam aleef iskandar & nur arissa batriesya. ;)

    ReplyDelete