Thursday, January 22, 2015

Melawat New Baby Boy , Joe & Zety!

# Assalamualaikum dan Salam Sore!

Semalam berkesempatan melawat salah seorang kawan kami Joe & Zety yang baru sahaja menerima cahaya mata pertama! Baby Boy! Tumpang gembira di atas kelahiran baby mereka.




Before melawat, ajak husband singgah beli hadiah untuk new baby mereka..

Excited okay membeli hadiah baby nie.. ceewahhhhhhhhhhh.. Macam xsabar pulak nak ada baby baru lagi then bercuci-cuci mata membeli barang baby.!

Selesai menyiapkan dua hero Spiderman, terus keluar menyinggah mencari hadiah baby...






























p/s : Tahniah buat Joe & Zety yang sangat handsome! Hehehe :)



Iskandar Flu + Cough

Assalamualaikum & Salam Sore!

21/01/2015 (Rabu) - Bangun agak lewat untuk ke pejabat! And kebetulan si cinta hati yang sulung x berapa sehat!

Makanya beritahu husband nak bawa si abang Aleef Iskandar ke klinik.

Simptom : Flu + Cough. 

Ubat dah kehabisan. Makanya perlu segera ke klinik bagi mendapatkan ubat ye!

Pagi lagi dah hantar si adik Farish Iskandar ke rumah babysitter dan suruh husband call sekolah to inform yang si abang nya akan datang lewat sikit ke sekolah!

While waitinggggg mr. Doctor..............






Wednesday, January 14, 2015

Iskandar's School

Assalamualaikum & Salam Sore!

Cerita Aleef Iskandar! Al maklum la seisi persekolahan bermula.

Alhamdulillah, Iskandar masih meneruskan persekolahan @ taska di Permata Negara Bercham.

Kini Iskandar memasuki tahun ke-2 di Permata, dan berada di dalam kelas 3 tahun!

Permulaan tahun 2015 agak membusy kan diri menyediakan kelengkapan baru untuk Aleef Iskandar seperti beg sekolah,botol air & barang-barang keperluan di sekolah seperti berus gigi, ubat gigi, sabun, shampoo, sikat, bedak, lotion badan & etccccccccc..

Segala keperluan ini perlu ditinggalkan di sekolah, memandangkan seharian dia akan berada di sanaaaa...

#throwback #picture #lama #aleefiskandar @school










Tuesday, January 13, 2015

Happy 1st Birthday Farish Iskandar!

Assalamualaikum & Selamat Sore!

Pembukaan tahun baru 2015, maka genaplah setahun umur Putera Kedua kesayangan kami Farish Iskandar! Baby new year kata kan!

Pejam celik, pejam celik besar dah kesayangan mama & papa nie! Birthday party Farish Iskandar diadakan di KFC Ipoh Garden, Ipoh dengan jemputan Alhamdulillah seramai lebih kurang 50 orang!







Si abang sudah kelaparan.. Mamam dulu kata dia..




cake Cars Farish Iskandar, yg cake chocolate tue sponsor dari KFC for birthday boy!

Makanya semasa hari minggu yang sangat berkelapangan, saya share kan picture aksi Farish Iskandar dengan memakai baju birthday nya & sebagai kenangan picture di kala si dia genap SETAHUN.

P/s : Baju birthday ditempah bukan hanya untuk si birthday boy, malah untuk si abang, mama & papa Farish Iskandar..

















































Friday, January 09, 2015

My 3rd Pregnancy

Assalamualaikum & Salam Sore!


Alhamdulillah dengan izin Nya dan rezeki yang di berikan kini saya telah mengandung anak ke-3.

Pada saat ini, hari ini , 9 january 2015 genap kandungan saya 29 weeks. Baru berkelapangan mengadap blog dan berkongsi cerita gembira yang lama terpendam ini! hehehe!

Untuk pengetahuan pada awalnya memang kami pelan untuk merancang, merancang apa ye? Merancang untuk menjarakkan kelahiran anak seterusnya. Meaning nya selepas kelahiran Farish Iskandar, anak ke-2 kami, kami merancang untuk menjarakkan kelahiran seterusnya demi memberi kasih sayang sepenuhnya kepada Aleef Iskandar & Farish Iskandar..

Tapi, tanpa diduga.... tanpa sempat merancang, kami telah dianugerahkan amanah untuk menjaga bakal anak ke-3 ini... Ehh, terkejut juga ye sebenarnya! Perasaan tergamam pun ada!

Simptom-simptom kelewatan period tidak ada, pastinya belum ada kerana ketika itu anak ke-2 masih full breasfeeding & belum sampai period lagi selepas melahirkan Farish Iskandar. Jadi, tidak pernah terfikir akan melekat dengan begitu cepat!

Mulai merasa diri pregnant ketika itu husband call beritahu akan "tapaw" kan makanan untuk lunch. Memandangkan ketika itu di tempat kerja saya memang tiada kedai makan "sedap" yang menyelerakan tekak. Makanya, bila husband busy so dia akan "tapaw" kan untuk saya huhuhu..............

Waktu tue macam x senang duduk, asyik tengok jam jea. Macam orang gila menunggu makanan yang dihantar. So, rasa pelik dengan diri sebab xpernah kebuluran macam tue. Xboleh bersabar dan bising-bising marahkan husband. So, rasa syak wasangka pada diri. Terdetik dalam hati? Pregnant ke?? Mulai risau juga..

Malam tue xsempat nak singgah farmasi beli UPT (urine pregnancy test) sebab dah kelewatan! So, keesokkan malam nya beritahu husband macam terasa pelik dengan diri & rasa macam pregnant kot. So, malam tue keluar & husband beli kan UPT (urine pregnancy test)..

Sampai rumah cepat-cepat ke toilet.. berdebar-debar rasa nya!! Then keputusan nyaaaaaa....
................." +ve " ! Serius xsangka + perasaan gembira yang tidak boleh diluah kan dgn kata-kata!

Selang beberapa hari terus ke klinik swasta dan doktor mengesahkan yang saya prengnant 5-6weeks.

Kami terima kehadiran si kecil dengan hati yang gembira..... Tidak pernah sekalipun menolak rezeki yang diberikan Nya. Tapi mungkin selepas ini akan merancang semula, demi anak-anak... Hehehe! Bagi mereka besar dulu ye..... Baru tambah lagi!