Thursday, December 19, 2013

Dividen & Bonus ASB 2013 8.7 %

#Assalamulaikum & Selamat Petang!

Agihan pendapatan ASB 7.7 sen seunit & Bonus 1.0 sen seunit 

KUALA LUMPUR: Amanah Saham Nasional Berhad, mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 7.70 sen seunit dan bonus 1.00 sen seunit bagi Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2013.

Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, pembayaran itu akan memberi manfaat kepada 8.26 juta pemegang unit yang melanggan 127.2 bilion unit ASB.

Pembayaran agihan pendapatan akan dikreditkan secara automatik ke dalam akaun pemegang unit dan buku pelaburan ASB masing-masing boleh dikemas kini di semua pejabat dan ejen ASNB di seluruh negara bermula 2 Januari 2014.

Oleh kerana itu, tempoh penangguhan perkhidmatan ASB bermula 22 Disember 2013 sehingga 1 Januari 2014.


p/s : Alhamdulillah, rezeki awal tahun. Walaupun tidak begitu tinggi dividen nya, at least meringan kan sedikit beban kami sekeluarga. 

Sumber : http://www.hmetro.com.my

No comments:

Post a Comment