Tuesday, December 31, 2013

Sinopsis : Novel The Wedding Breaker

#Assalamualaikum & Good Morning 

 30/12/2013 - Episod 1 drama TV3. Selesai sudah episod PISA. Now kita di hiburi dengan cerita yang telah di adaptasi dari novel "The Wedding Breaker".

So, i just share you sedikit sinopsis cerita ini.




Ia menceritakan Ariana Rose yang berkawan baik dengan Tengku Juwita bersetuju untuk berlakon sebagai perempuan mengandung dan mengaku kandungan itu milik Tengku Adam Kamil tunang Tengku Juwita. Tujuan utama Tengku Juwita berbuat begitu kerana tidak mahu berkahwin dengan Tengku Adam Kamil kerana dia seorang kasanova terkenal . Perkahwinan ini juga diatur oleh keluarganya, Tengku Juwita tidak berani untuk membantah kerana Tengu Sidin terlalu garang. Kehadiran Ariana di hari pernikahan Tengku Juwita dan Tengku Adam Kamil telah menggembirakan Tengku Juwita kerana majlis itu batal tetapi tidak pada Tengku Adam Kamil. Selepas kejadian itu nama Tengku Adam Kamil menjadi bualan. Lantaran kesanggupan Ariana menjadi drama queen dia turut menerima pembalasan atas perbuatannya. Tengku Adam Kamil telah mengupah penyiasat untuk menyiasat siapa Ariana. Pada awal pertemuan Tengku Adam hanya mahu Ariana mengaku kesalahannya tetapi disebabkan kedegilan Ariana memaksa Tengku Adam melakukan sesuatu luar jangkaan Ariana. Dalam terpaksa, setelah Tengku Adam meragut kesuciannya Ariana menceritakan apa yang berlaku. Selepas kejadian itu Ariana banyak melakukan kerja amal bagi melupakan sejarah hitam yang berlaku pada dirinya. Tidak disangka - sangka Sebenarnya Tengku Adam adalah penymbang besar bagi dana kebajikan . Dari situlah pertemuan demi pertemuan Ariana dan Tengku Adam bermula. Perasaan cemburu hadir bila Tengku Adam melihat Ariana rapat dengan rakan kerjanya Harith. Bila perasaan cemburu menguasai diri, Ariana hampir di nodai untuk kali kedua oleh Tengku Adam. Ariana semakin membenci Tengku Adam. Atas nasihat Doktor Rosli merangkap kawan baik Tan Sri Mukhriz, Tan Sri Mukhriz melamar Ariana Rose tanpa pengetahuan Tengku Adam . Dan Keluarga Ariana menerima lamaran itu dengan hati terbuka. Ariana menerima pinangan dari keluarga Tengku Mukhriz , Tengku Adam merayu agar menerima dirinya. Kerana terlalu kecewa gagal memujuk Ariana, Tengku Adam pergi menunaikan umrah . Balik dari umrah baru dia sedar gadis yang dipinang oleh mummy dan Daddynya ialah Ariana Rose perempuan yang digilai separuh mati. Tengku Adam bersykur kerana doanya telah dimakbulkan oleh Allah. Tapi tidak pada Ariana masih tidak tahu siapa bakal suaminya dan selama ini Ariana tak kisah. Dia Redha pilihan keluarganya. Tengku Adam yang dulunya kasanova kini berubah menjadi seorang lelaki yang boleh mengimamkan keluarganya.

Sinopsis dari kulit novel

 “Saya memohon maaf kerana mengganggu majlis kalian. Tetapi sebelum Tengku Juwita bernikah dengan Tengku Adam, dia wajar mengetahui siapa bakal suaminya yang sebenar...” - Ariana Rose Ariana Rose. Kehadirannya menyebabkan majlis pernikahan itu terbatal. Disebabkan gadis itu jugalah, reputasi dan status diri bekas pengantin lelaki itu menjunam jatuh di mata masyarakat.

Siapa sebenarnya dia? Apa tujuannya dan siapa yang menghantarnya untuk merosakkan majlis pernikahan itu? Tak kira, dia akan menyiasatnya juga! Akhirnya Ariana Rose terpaksa akur dengan balasan yang perlu diterimanya akibat perbuatannya itu. Semenjak bertemu dengan lelaki itu, banyak peristiwa yang tak terjangka berlaku dalam hidupnya. “What’s so funny?” “Talking to me?” “Nah… just talking to the lizard.

See… there… we were talking just now. I know you won’t be able to understand the lizard’s language.” Tapi kenapa setelah berlari sejauh ini, lelaki itu masih ditemuinya? Setelah dia berusaha melupakan semua kenangan itu, kenapa lelaki itu kembali meruntuhkan azam dan semangatnya? Kenapa mesti ada nama itu dalam kamus hidupnya?! “I’m gonna miss you… I’d rather stay by your side. Always.” “Sayang kat abang rupa-rupanya ya?” “Mestilah, you are my bubbly boo and a naughty one too.” Selama ini sudah banyak perempuan yang lebih cantik daripada dia hadir dalam hidup Tengku Adam Kamil. Tapi kenapa gadis itu juga yang melekat dalam hati dan ingatannya? Adakah itu petanda yang dia memang ditakdirkan untuk dirinya? “Satu aje kesalahan awak, Ariana... Awak dah curi hati saya.” – Tengku Adam Kamil Petikan - petikan yang menarik dalam novel Hadirnya mengejutkan "Tunggu!!!" Ariana bangun lalu mendekati mereka. Tetamu mula riuh, berbisik sesama mereka sambil memerhatikan Ariana, gadis bertubuh sederhana tinggi berbaju kebaya kuning cair yang baru sahaja melaungkan ayat keramat itu tadi. Adam Kamil memberhentikan lafaz akadnya. Dia juga terkejut dengan tindakan gadis cantik berwajah suram dihadapannya itu. "Saya pohon ... majlis ini tidak diteruskan.." tutur adis itu sayu. "Kenapa?" soal Imam Razlan agak kaget. Tidak pernah di berhadapan dengan situasi sebegini. " Saya memohon maaf kerana mengganggu majlis kalian. Tetapi sebelum Tengku Juwita bernikah dengan Tengku Adam, dia wajar mengetahui siapa bakal suaminya yang sebenar..."

Suara-suara tetamu mula membingitkan kadaan sekali lagi. Tengku Sidin bagaikan terkaku disitu manakala keluarga Adam berwajah cemas melihat sketsa tersebut. Hanya Tengku Juwita yang masih tenang. "Adam... adalah bapa kepada kandungan saya." Suara Ariana ditinggikan sambil tangannya mengusap perut yang sudah memboyot. Titisan air mata mula berguguran. Ahli keluarga Adam dan Juwita sudah berdiri terpacak kerana terkejut. "Bohong! Saya langsung tak kenal siapa perempuan ni , imam," laung Adam. Dia sudah berdiri. Matanya mencerlung memerhatikan gadis itu. "Adam.. sya tak minta apa=apa dari awak. Tapi Juwita patut tahu siapa awak sebenarnya. Kalau awak tak nak bertanggungjawab pun tak apa... saya reda.." Gadis itu teresak-esak menangis. Semua hadirin yang berada disitu, diam tak terkutik.

"Kalau imam dan Tengku tidak percaya, ini buktinya!" sekeping sampul bersaiz A4 diangkat tinggi sebelum dihulurkan kepada imam. Mereka sama-sama melihat isi kandungan sampul yang diberikan oleh Ariana. Berpuluh-puluh kepingan gambar aksi panas Adam dan beberapa orang gadis berlainan terkandung didalamnya. Merah padam wajah Adam Kamil apabila diperlakukan sedemikian. dia sendiri tidak mengenali siapa geranga ngadis itu. Otaknya masih bingung memikirkan apa yang baru sahaja berlaku. Dia cuba mencari Ariana, tapi gadis itu sudah menghilangkan diri. "Perkahwinan ini dibatalkan!" laung Tengku Sidin. Marahnya tidak terkata. Sudah terlambat untuk menyesal kerana ini balasan atas perbuatannya.

 "You still a virgin... right?" Ariana tergelak sinis. Tubuh Adam ditolaknya sekali lagi, menjarakkan kedudukan mereka. "Virgin? After what you have done to me last nightyou said I'm still a virgin?" "I mean before we did it!" "Adakah jawapan ya dan tidak aku akan merubah keadaan, Adam? Will it?" Adam terdiam. Kata-kata Ariana tajam menusuk hatinya. "It's your fault. You yang mulakan this games, Ariana. If you didn't lie, thing would not turn out this ay. Apabila kau kata kau pregnant kan anak aku, untuk akal yang waras, tu macam mengatakan yang kau dan aku pernah..." Adam terhenti, cuba mencari perkataan yang lbih sopan.

"Well.... pernah buat apa yang kita dah buat semalam." Dia menghabiskan juga ayatnya. Kerana mulut badn binasa. Bisikan itu datang lagi.Ariana memejamkan matanya. Dia tetunduk dan bersandar pada dinding dengan tangisan yang berkubur dalam hatinya. Tidak lagi esak tangis,yang ada hanya penyasalan yang semakin menyesakan jiwa. Orang yang melakukan dosa adalah orang yang menzalimi dirinya sendiri. Dosa berbohong mungkin nampak kecil, tapi kezaliman yang dia timpakan ke atas dirinya sendiri begitu besar. ariana akur. Ini semua berpunca dari dosanya sendiri. Dosanya kerana berbohong! Betul kata orang... ada benda yang boleh dibuat gurauan dan ada benda yang dari gurauan boleh menjadi mimpi ngeri. Tiada istilah bohong sunat. Tiada juga perbuatan haram yang boleh dihalalkan dengan niat.

"Now let me go, Adam! Kau dah dapat apa yang kau cari,kan? Malah lebih dari itu." Lemah suara Ariana. Matanya merenung jauh, menembusi dinding kaca di milik Adam. Serba salah Adam dibuatnya, tapi Adam tetap Adam. Apa sahaja yang berlaku pada Ariana, dia turut berasa simpati, tapi urusannya masih belum selesai.  Dia masih memerlukan jawapan dari Ariana. "Dah dapat apa yang aku cari? Belum lagi, sayang....

Itu hanya bonus... Sekarang cakap betul-betul, kenapa kau malukan aku masa majlis kahwin aku tempoh hari ?" Giliran Adam pula yang membuatkan suasana jadi panas. Adam sengaja menggertak Ariana. Dia mahu jawapan yang tepat.

 Selepas kejadian itu Ariana lebih bijak dengan permainan Adam "sorry , Datuk. Apa Datuk buat dalam kereta saya ni? I think it not appropriate if people see you sneaking into my car." Adam membuat muka pelik. Apa kena dengan Ariana? Hilang ingatan ke? "Come on, Ariana. Janagn buat-buat tak kenallah." "memang kita tak pernah kenal." Ariana melemparkan senyuman manisnya, berpura- pura formal. "Ariana.." "Datuk , saya hormati Datuk sebagai penaja utama program kementrian saya. Tapi saya pohon Datuk hormati privasi saya. Boleh, kan Datuk?" "Apa jawatan you kat sini?" "Kerani." Ariana sengaja nak memulangakn paku buah keras kepada Adam. Dia juga yang mengelarkannya sebagai kerani suatu ketika dulu.

"Kerani, duduk di meja VIP? Hebat," Adam turut membalasnya sinis. "Ya, saya memang hebat." Selamba sahaja Ariana menjawab. Adam dijeling sekilas. "Can you stop this, ariana. Tak payahlah berpura-pura. Does it hurt so much to remember me?" Berpuaka betul mulut Adam. Bukan puaka, tapi celaka! It hurt a lot to remember you! bentak Ariana, tapi dalam hati sahaja. Dia takkan kalah dengan permainan Adam. "Maaf , Datuk. Saya memang tak kenal Datuk. So please, leave." Adam ketawa sinis.

Patutlah Ariana langsung tak mencarinya, rupa-rupanya ada lelaki lain. Hatinya kembali dicengkam resah. Dia dipagut rasa cemburu. "Maybe this will cure your memory." Leher Ariana dipaut oleh Adam . Dia mendekatkan wajah perempuan itu dengannya. Bibir mereka hampir bertaut tapi pantas Ariana menolak Adam dengan sekuat tenaganya. Hon kereta dibunyikan dengan kuat. Adam terus melepaskan. dia terkejut dengan tindakan Ariana yang lebih agresif dari dulu. "I will not let anyone touch you but me." Pintu penumpang dibuka. Adam berjalan laju meninggalkan kawasan parkir kereta. Hati Adam digamit rasa cemburu bila Harith datang meraih perhatian Ariana "Ariana."

 Kedengaran suara seorang lelaki memandang empunya suara. Adam siap bersandar pas dinding desebelah pintu utama bilik air itu. "Wash-room lelaki ket depan, Datuk," ujer Ariana yang masih beriak tenang walhal dalam hati bergoncang hebat. Langkahnya terhanti apabila Adam mengahlangnya. Ariana berhenti. Tangannya disilangkan ke dada. Wajah Adam Kamil diperhatikan sepenuh hati. "What?" "Harith bukan boy-friend you, kan?" "Datuk tak ada hak nak tahu..." Ariana cuba melewati tubuh Adam yang masih menghalangnya tetapi Adam lebih cepat mengubah kedudukan. "I want to know anf I need the answer." "If yes, so what? And if no, then what?" Ariana bertanya, seperti mencabar. Adam mendekati Ariana. Ariana mengundur ke belakang sehingga badannya tersentuh dinding lorong memasuki bilik air wanita. Tangan Adam mengepung tubuh gadis dihadapannya itu. "Answer me." Adam memaksa.

Memaksa dan mengugat. Mukanya serius. "Not yet." Adam tersenyum sinis. Maksudnya, mereka akan menjadi pasangan, tapi sekarang tidak lagi. Nampaknya mereka dalam proses mengenali. "Never Ariana, or you will regret it..." Serius suara Adam. Ariana menelan liur. Bergetar jiwanya. Menyelinap perasaan takut, tapi ...ah, malas dia mahu ambil pusing. "Datuk Wira Tengku Adam kamil, I don't want to create a show here, okey. You know how drama queen I can be, right? and saya lapar ni! It's almost two pm! saya nak masuk pejabat lagi. Datuk tak pelah. Bos. So can you please appreciate our time?" Adam ketawa lebut. "Kalau kena pecat , awak kerjalah dengan saya. It is not a big deal." Ariana membuat muka. Adam pula masih ketawa. Ariana redha, Mungkin takdir jodoh sudah tiba. Dia menerima pinangan keluarga lelaki walaupun tidak mengenali siapa bakal suaminya. "Mummy harap Rose akan bahagiakan Adam.." Tersentap Ariana apabila nama Adam disebut. Mungkinkah ini keluarga Adam? "I can't marry you, Ariana. You cantik. The most beautiful woman I had ever met. Thanks God you tak jadi model ke artis ke... But... we are from a two big different status.

You stay dengan I, I bagi you apa sahaja yang you nak. Kereta ? Duit ? Rumah? just say it. I tahu gaji you as a keranai tak cukup, kan?" Kata- kata Adam kembali bergema ditelinganya. Tak mungkin. Adam begitu bongkak dengan statusnya, tidal mungkin kedua-dua lelaki dan perempuan yang sungguh merendah diri ini adalah ibu bapa Adam. Tidak mungkin Adam mahu menjadikan dia isterinya yang sah. Pilihan Adam adalah Sophie, anak Tan Sri Roslan yan sama taraf dengannya. Perempuan seperti Ariana hanyalah mainan buat Adam. Adam yang ini adalah Adam yang lain. Adam yang menilainya sebagai seorang perempuan. bukan mainan. Tangan Ariana ditolak oleh uminya agar ke depan. Ariana kembali menumpukan sepenuh perhatiannya. Puan Sri Lisdania menyarungkan cincin ke jari manisnya, menandakan Ariana Rose Hussein sudah selamat ditunangkan, Pipinya dicium sekali lagi oleh bakal mertuanya. Tangan wanita itu disalaminya sekali lagi. "Insya-Allah.." ucapnya perlahan. Bila Ariana sudah menjadi tunangan orang , Adam datang merayu dan melamar Ariana. "Ariana Rose.. please marry me.. be my wife. Grow old with me.." Romantik. Sangat romantik bagi Ariana. Tapi sudah terlambat....

 "Too late .. I'm engaged. Hope you find a better girl. Stop all this and stand up. I will not accept your proposal." Ariana bersuara tegas. Bahu Adam dipegangnya, memaksa Adam bangun. Adam menurut. Wajah Ariana yang ayu apabila bertudung itu dipandangnya. Kalu dia masih Tengku Adam Kamil yang hisdupnya tiada panduan, sudah lama Ariana dipeluknya. Hasratnya ditahan kerana dia tahu batas-batas yang sewajarnya diantara dan perempuan. Ariana tidak halal baginya sehinggalah akad nikah dilafazkan. Adam menjarakkan dirinya dari Ariana. Lebih baik dia segera pergi sebelum akalnya sudah tidak dapat berfungsi mengikut suruhan Allah kerana syaitan sudah bersumpah, setiap lelaki dan perempuan yang berdua - duaan yang ketiga adalah mereka dan setiap kali anak adam dalam keadan marah, pertimbangannya adalah pertimbangan syaitan. Dia tidak mahu menjadi manusia terkutuk sekali lagi. Dia berjalan perlahan ke arah pintu bilik yang tertutup. Sebelah tangan memegang tombol pintu, badannya memandang Ariana. "Awak percaya pada takdir?" perlahan Adam bertanya. "Of couse," jawab Ariana tanpa ragu. "Seandainya 50 ribu tahun sebelum terciptanya langit dan bumi, Allah telah mencatat nama awak disisi saya, will you accept that?" Ariana diam. Adakah dia akan menerimanya? Kalau sudah tertulis takdirnya begitu, sama ada dia terima ataupun tidak apa yang telah tertulis untuk berlaku tetap akan berlaku....

 "What was written to happen will happen." Adam menjawab penuh keyakinan apabila Ariana diam membisu. Ariana nekad untuk berterus terang dengan bakal suami siapa dirinya sebenar, Menerima dirinya seadanya sebelum majlis akad nikah. "Jadi awak memang tak kisah kalau isteri awak pernah disentuh oleh lelaki lain dulu?" "Like what I said earlier , Ariana Rose. Dan... perkahwinan bukn hanya pada kepuasan seksual. There is no such thing as bekas orang what ever. If sex is your top priority in accepting marriage, then maybe.... Once you are my wife, there is no more you... and no more me... yang ada hanya kita. Dua jiwa yang sudah ditakdirkan Tuhan untuk menjadi satu.... Hidup baru, lembaran baru." Ya, air mata Arriana sudah tidak dapat diseka lagi. Dia rasa terharu kerana Allah menciptakan seorang Adam yang hebat pada pandangan mata dan jiwanya untuk menjadi imamnya, insya-Allah di dunia dan diakhirat hendaknya. Dia sudah boleh bernafas lega kini apabila megetahui pendirian tunangnya itu. "Thanks Adam...

For spending your time answering my nonsense." Adam tersenyum lagi "That is not a nonsense, Rose... You should know my stand before you accept me as your imam,kan?" Ariana turut tertawa perlahan. "Yes... that's right..." "Rose..." "Hmmmm?" "Awak tahu siapa saya?" Pelik soalan Adam itu. "Adam Mukhriz, my fiance. Anak mummy dan daddy... Aunty Lis dan Ayah Ku..." "Awak tak nak tahu apa kerja saya?" "Hmmmm... umi cakap, awak pangkat besar kat company conglomerate. But... sorry... saya macam tak peduli sangat pasal awak... And awak pun tak pernah contact saya dulu..." "Awak tak nak kenal saya dulu? Jumpa saya dulu?" soal Adam bersungguh-sungguh. "Saya tau pendirian awak dah meyakinkan saya tentang diri awak... Yang lain tak penting buat saya..." jujur pengakuan dari Ariana.

Friday, December 27, 2013

Overdue Again??

#Assalamualaikum.

Overdue again??????

Last check up Doctor bagi new edd on 27hb Disember 2013. Semalam tertunggu-tunggu juga tanda-tanda nak bersalin. Tapi masih tiada. So, masih tidur dalam keadaan yang lena di buai mimpi indah! Ehehehe.

Baby syok lagi duduk dalam perut mama nya. Dalam baby syok sangat mama pula rasa worry. Takut kesihatan baby terjejas pula. Papa pun worry wahai baby boy mama!

So, pagi nie as usual kena check up lagi. So, masuk office pun lambat. Misi bagi sampai date 2hb Januari 2014. If masih lagi belum bersalin kena jumpa Doctor balik.
***( Dalam hati, in sya Allah baby akan lahir before that date! )

Mungkin malam nie, mungkin besok or mungkin lusa kan??

Iskandar dulu pun overdue 5 hari. So, dari awal dah agak baby nie pun akan overdue.

I just hope baby okay & boleh bersalin secara normal.






Thursday, December 26, 2013

CHUA FUI LEE PENIPU!! MAYBANK AKAUN: 155015263402

# TOPIC INI ADALAH PERINGATAN KEPADA MEREKA JIKA INGIN BERURUSAN DENGAN SI PENIPU BERNAMA

 CHUA FUI LEE PENIPU. MAYBANK AKAUN: 155015263402.

 CHUA FUI LEE PENIPU. MAYBANK AKAUN: 155015263402.

 CHUA FUI LEE PENIPU. MAYBANK AKAUN: 155015263402.

 CHUA FUI LEE PENIPU. MAYBANK AKAUN: 155015263402.

JIKA MENGENALI BELIAU SILA HUBUNGI SAYA.. 0165499069.

# Mungkin tersilap langkah dan tidak menyelidiki terlebih dahulu saya juga tidak terlepas dengan terkena penipuan oleh si  CHUA FUI LEE PENIPU MAYBANK AKAUN : 155015263402.

# Tergoda apabila melihat pampers yang dijual dengan harga murah. Buy 4 free shipping (RM80.00)!

Bukti transaksi kepada si CHUA FUI LEE SI PENIPU ONLINE.

# Setelah di selidiki dan mengoogle nama si penipu CHUA FUI LEE, penipu ini tersenarai dalam 


Ramai yang tertipu dengan si penipu  CHUA FUI LEE PENIPU!! MAYBANK AKAUN: 155015263402.

Langkah yang diambil pertama sekali adalah dengan membuat report kepada SKMM.


Langkah yang kedua adalah apabila saya menjumpai artikel ini yang membantu bagi mereka yang tertipu sekiranya membeli secara online, membuat pengaduan kepada Tribunal Pengguna.

Untuk maklumat lebih detail boleh la baca di sini..

Penipuan-Pembelian-Online-Facebook-Cara-Penyelesaiannya/


Jadi, saya juga membuat pengaduan di sini untuk kes di bicara kan di Mahkamah jika sabit kesalahan. But now still waiting from them.

Tribunal Pengguna akan melihat kes kita terlebih dahulu dan sekiranya segala bukti ada mereka akan menyuruh kita membuka kes dengan membuat pembayaran sebanyak RM5. Dan kes akan disiasat dan dibawa ke mahkamah! (wahhhh... sampai ke situ. actually di sebab kan ramai yang tertipu dengan si  CHUA FUI LEE PENIPU!! MAYBANK AKAUN: 155015263402 ini yang membuat kan saya geram!!!!)

Kalau kes saya dapat di selesai kan, maka kes-kes mereka juga mampu di selesai kan.  Wahai  CHUA FUI LEE PENIPU!! MAYBANK AKAUN: 155015263402 bersiap sedia lah..


P/S : Maka selepas ini pada mereka yang ingin membeli secara online selidiki dahulu / google samada akaun tersebut bersih dari senarai blacklist penipuan secara online. 

Monday, December 23, 2013

Debaran Menanti Si Kecil..

# Assalamualaikum & Selamat Petang!

Debaran menanti si kecil terhenti seketika di sebab kan Iskandar yang kurang sehat.



Bergilir-gilir jua menjaga Iskandar. Dari mama nya kemudian papa nya dan kemudian opah nya juga terlibat sama-sama menjaga Iskandar.

Oleh itu, kami berdoa agar adik Iskandar keluar lepas Iskandar sehat sepenuh nya. Kerisauan jua kira nya terpaksa meninggalkan Iskandar yang amat memerlukan kami di sisi nya.

Sayu melihat bila si anak tidak sehat. Seakan mahu mengganti kan kesakitan nya! Duhai anak cepat sembuh okay. Mama & Papa love you so much!!



Doa Di Murah kan Rezeki



“Ya Allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya , juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan kutidak memerlukan sesiapa selain dari-Mu, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya Engkau amat berkuasa -Amin...


Thursday, December 19, 2013

Dividen & Bonus ASB 2013 8.7 %

#Assalamulaikum & Selamat Petang!

Agihan pendapatan ASB 7.7 sen seunit & Bonus 1.0 sen seunit 

KUALA LUMPUR: Amanah Saham Nasional Berhad, mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 7.70 sen seunit dan bonus 1.00 sen seunit bagi Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2013.

Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, pembayaran itu akan memberi manfaat kepada 8.26 juta pemegang unit yang melanggan 127.2 bilion unit ASB.

Pembayaran agihan pendapatan akan dikreditkan secara automatik ke dalam akaun pemegang unit dan buku pelaburan ASB masing-masing boleh dikemas kini di semua pejabat dan ejen ASNB di seluruh negara bermula 2 Januari 2014.

Oleh kerana itu, tempoh penangguhan perkhidmatan ASB bermula 22 Disember 2013 sehingga 1 Januari 2014.


p/s : Alhamdulillah, rezeki awal tahun. Walaupun tidak begitu tinggi dividen nya, at least meringan kan sedikit beban kami sekeluarga. 

Sumber : http://www.hmetro.com.my

Sunday, December 15, 2013

Annual Dinner JPPH Ipoh, Perak



#Assalamualaikum

Annual dinner husband's office, JPPH Ipoh Perak.

Venue : Restoran Shabu-Shabu
Theme : Black & Red



Us.. Muka da mengembang huwwwaaaa.. :(


Join for best dressed - category baby! 
 



Congratulation husband! Win for best dressed - man.









Monday, December 09, 2013

Rumah Bukit Kinding, Kinding Resort!

#Assalamualaikum!

Bakal rumah pertama husband. In Sha Allah.

Planning untuk mengumpul aset semata-mata. Planning untuk menduduki belum lagi. Hehehe!

Lokasi : Bukit Kinding

Biarlah gambar yang berbicara.




Sempat lagi Iskandar main cak cakkk! 

Room 1 & Room 2

Ruangan hadapan..

Room 1

Room 2

Kitchen. Belakang sekali toilet. Bertentangan Room 3.







Happy Birthday Sayang!!

#Assalamualaikum & Selamat Pagi!!

HAPPY BIRTHDAY SAYANG!!

Celebrate my husband happy 27th on 7th December! Actually celebrate awal sehari on 6th December coz if celebrate on Saturday confirm ramai sangat!! So malas nak menyemak kan kepala ini.

1week before his birthday, dah reserved & booking awal-awal at Seoul Garden, Jaya Jusco!! Dinner bbq & steamboat.

Seoul Garden, Jaya Jusco Kinta City!

Meja suda di reserved. tidak di lupa kan Secret Recipe cake..!


As usual la, sotong , kambing , udang... Makan sampai lebam...

Yumm...Yummmyy!

our favourite cake, Chocolate Indulgence - Secret Recipe

Birthday Boy!!


Bigbos yang makan sangat la comot!

Duhai anak.. Comot sangat, sampai kena change pakaian die..


Si manjaaaaaaaaaaaaaa mama...

Kenyang sudah! Happy Birthday PAPA.. 

Wednesday, December 04, 2013

Due Date Bersalin??

#Assalamualaikum & Selamat Petang


Debaran menanti kelahiran putera kedua di bulan DECEMBER 2013, In Sha Allah.

Due date? Actually masih ragu-ragu tentang due date. Usually the actual EDD adalah pada awal pregnancy. So, bila di akhir-akhir pregnancy, due akan berubah-ubah.

Just check up, then terkejut tengok new EDD 01012014. Then balik rumah terus check buku PINK my first baby boy, Iskandar.


Check last scan with the Doctor, #FirstBaby #BabyBoy 

Kandungan : 35weeks 
EDD on the last scan : 24/07/2012 
Berat : 2.08kg ( Iskandar lahir 2.4kg )

# This time check when kandungan is about 35weeks, but EDD on 24 July 2012.
# Iskandar lahir on 10 July 2013 . (So perbedaan scan terakhir dengan kelahiran Iskandar -14days)



Check last scan with the Doctor, #SecondBaby #BabyBoy 

Kandungan : 36weeks 
EDD on the last scan : 01/01/2014 
Berat : 2.86kg 

# This time check when kandungan is about 36weeks, but EDD on 1th January 2014
# If ikut date kelahiran Iskandar, kena -14days la dari date last scan kan??


#Calculation :

                            1st January - 14days = 17hb December

# But my expected due is on 20hb December 2013.......

But orang kata, setiap kelahiran tidak akan sama. Tak kesah bila pun, but i just hope dapat lahir kan second baby nie secara normal & semoga segala nya berjalan dengan baik. Doa kan saya & baby selamat!

Thanks!

Tuesday, December 03, 2013

Check Up 36-37weeks

#Assalamualaikum

#Check Up 36weeks / 37weeks ( Was-was, al maklum la every time scan EDD mesti berubah2! )

Alhamdulillah, Doctor said baby sehat & jantung pun okay. Anggaran baby weight 2.8kg!

Xramai orang.. Bahagia rasa nya..



Now, new prosedur.. Every month kena check darah cucuk kat lengan.. Huuuwwaaa.. 

Suddenly dapat new EDD, New Year's Babies 01012014!

Monday, December 02, 2013

Kids Best Dressed Super Hero Contest

#Assalamualaikum.

Hello December!

Just wanna sharing, feeling so HAPPY & PROUD bila si kecik berjaya dapat 3rd place on contest anjuran #Tesco #Kids #Best #Dressed #SuperHero #Spiderman




Si kecik yang sedang beposing di depan pengadil..

Siap buat action ala2 SPIDER tue (hehehe! actually tengah mengamuk tue!)
Spiderman Kecik VS Spiderman Beso!

3rd place dapat lah VOUCHER TESCO worth RM100



Bergambar kenangan with pemenang-pemenang yang lain..