Wednesday, August 24, 2011

4 hari kurung kekasih suami

jom baca Metro On9! ini pun 1 hal, macam-macam ragam kalau si Isteri dapat tahu kecurangan suami nya! so, beware la to gadis-gadis/perempuan-perempuan yang cuba mahu merampas suami orang lain. if stil rasa nak kacau suami orang lain PLSSSSSSS lupa kan jela hasrat tue! x baik meruntuh kan Masjid orang lain. kalau BF orang @ tunang orang boleh accept lagi ok? tapi bukan SUAMI orang! nanti buruk padah nya.. dapat-dapat lak perempuan gila! hm! ouh, Nauzubillah! pray to Allah, semoga tiada hal buruk camnie berlaku dalam hidup kita ok?

GOMBAK: Tangannya digari, kepalanya dibotakkan manakala sebatang gigi depan dicabut dengan playar ketika dikurung selama empat hari di sebuah rumah di Taman Saga, Ampang, di sini, sejak Jumaat lalu.
Itu nasib seorang wanita berusia 31 tahun yang diculik isteri kekasihnya yang berang dengan tindakan mangsa menjalin hubungan sulit dengan suaminya.
Mangsa yang tinggal di Rawang diculik dari rumahnya kira-kira jam 9 malam Jumaat lalu dan suspek yang berusia awal 30-an dibantu adik lelakinya berusia lewat 20-an.

Sumber polis berkata, sepanjang dijadikan tahanan, mangsa didera dan tidak diberikan makanan, malah suspek serta adik lelakinya meminta wang tebusan RM50,000 daripada suaminya atau mangsa akan dibunuh.


Menurutnya, ketika menculik mangsa, suspek dan adik lelakinya itu mengetuk pintu rumah mangsa sebelum memperkenalkan diri isteri kepada teman lelaki mangsa.

No comments:

Post a Comment