Saturday, August 27, 2011

Iftar WIth Scooterist!

iftar dengan kenkaum zaman muda+mudi dulu! :)) agak lama la x ketemu dengan depa semua. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar.

venue : Ipoh Hainan Chicken Rice, Greentown Ipoh

ada yang dah ada anak! ada plak yang xdapat mai sebab standby wife nak beranak da. hm, terkenang zaman dulu kala ouh! rasa nak tergelak pun ada kalu pikir balik.dulu melepak bagai nak rak sampai subuh baru balik. kena kejar dek polis la, kena "sekolah" dek polis-polis la! pie konvoi Penang la, KL la, macam-macam la! hmmm...

‘Habuan’ selamat dua adik maksiat

let's join me read this articel, as usual la sumber On9 Metro! ;)



JOHOR BAHRU: Demi menyelamatkan dua adik perempuannya daripada terus bergelumang dosa, seorang kakak menempuh pengalaman pahit apabila putus jari kelengkeng akibat ditetak teman lelaki seorang adiknya.

Wanita yang mahu dikenali sebagai Hidayah itu berkata, selain putus jari kelengkeng, jari manisnya cedera dan kecacatan itu menyebabkan dia kehilangan pekerjaan sebagai kerani di sebuah syarikat swasta.

“Lebih memilukan majlis perkahwinan saya yang sepatutnya diadakan akhir Jun lalu turut dibatalkan. Itu ‘habuan’ yang saya terima dalam usaha menyelamatkan dua adik daripada kancah maksiat,” katanya.

Menurutnya, insiden itu berlaku pada 24 Mei lalu di rumah sewa kedua-dua adik perempuannya, dikenali sebagai Aishah, 20 dan Ain, 16, di sebuah taman perumahan di sini dan mereka bersekedudukan dengan teman lelaki masing-masing.


“Kakak mana boleh bersabar dengan sikap mereka yang bukan saja tinggal bersekedudukan dengan lelaki bukan Islam itu sejak April lalu, malah teman lelaki seorang daripada adik saya juga terbabit penagihan dadah,” katanya

Thursday, August 25, 2011

Bila Lelaki Kehilangan Tulang Rusuknya



WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI: Kamu!!!
WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti) Kamu, tulang rusukku.

Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya.

Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan.

Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan saya lagi!!!". LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!"
Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.

LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah. "Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing".
Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai.

LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.
Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di
hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.

Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.
LELAKI: Apa khabar?
WANITA: Baik... Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI: Belum.
WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah.
WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal.."
Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.
Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang dikemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat...
Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati... Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.
Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima??

Hukum Simpan Gambar Perempuan

salam 1Malaysia!! jom pagi-pagi dengar ceramah agama! sharing is caring okeh! :D




p/s : kalu xdpt fokus dengar sebab ada latar lagu click link nih ok? Click Here!

Wednesday, August 24, 2011

4 hari kurung kekasih suami

jom baca Metro On9! ini pun 1 hal, macam-macam ragam kalau si Isteri dapat tahu kecurangan suami nya! so, beware la to gadis-gadis/perempuan-perempuan yang cuba mahu merampas suami orang lain. if stil rasa nak kacau suami orang lain PLSSSSSSS lupa kan jela hasrat tue! x baik meruntuh kan Masjid orang lain. kalau BF orang @ tunang orang boleh accept lagi ok? tapi bukan SUAMI orang! nanti buruk padah nya.. dapat-dapat lak perempuan gila! hm! ouh, Nauzubillah! pray to Allah, semoga tiada hal buruk camnie berlaku dalam hidup kita ok?

GOMBAK: Tangannya digari, kepalanya dibotakkan manakala sebatang gigi depan dicabut dengan playar ketika dikurung selama empat hari di sebuah rumah di Taman Saga, Ampang, di sini, sejak Jumaat lalu.
Itu nasib seorang wanita berusia 31 tahun yang diculik isteri kekasihnya yang berang dengan tindakan mangsa menjalin hubungan sulit dengan suaminya.
Mangsa yang tinggal di Rawang diculik dari rumahnya kira-kira jam 9 malam Jumaat lalu dan suspek yang berusia awal 30-an dibantu adik lelakinya berusia lewat 20-an.

Sumber polis berkata, sepanjang dijadikan tahanan, mangsa didera dan tidak diberikan makanan, malah suspek serta adik lelakinya meminta wang tebusan RM50,000 daripada suaminya atau mangsa akan dibunuh.


Menurutnya, ketika menculik mangsa, suspek dan adik lelakinya itu mengetuk pintu rumah mangsa sebelum memperkenalkan diri isteri kepada teman lelaki mangsa.

Monday, August 22, 2011

Status FB

status 1years ago~! cepat jea masa berlalu, & megimbau kenangan lalu ouh!

>>
masih busy bermain game n sedg ingin mgumpul harta2



>>
yeyyyeyye!! going to swimming dis nite at swimming pool Stadium!!



>>
skt kepala, lapar..today bebuka dgn , also my fav ..yuuumMmm..yuummMMYY!!


Deraian Mata Suami

REMUK...keadaan kereta selepas terbabit kemalangan

.


 
.

PEKAN: Hanya beg tangan putih berbunga merah jambu milik isteri menjadi penawar duka seorang pegawai kanan polis apabila wanita itu maut bersama bayi dalam kandungan berusia tujuh bulan selepas kereta dinaiki mereka terbabas dan merempuh tiang elektrik di Kilometer 65, Jalan Kuantan-Segamat berhampiran Paloh Hinai, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, mangsa, Noor Edlina Ahmad Bakhari, 36, berasal dari Kota Bharu, Kelantan, mengalami kecederaan serius di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala suaminya, Inspektor Mohamad Noor Idham Ali Mat Noor, 27, berasal dari Kluang, Johor, dan bertugas di Cawangan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu, hanya cedera ringan.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Yahaya Othman, berkata pasangan suami isteri itu dikatakan dalam perjalanan dari Kota Bharu menuju Kluang untuk berbuka puasa di rumah ibu Mohamad Noor Idham di Taman Sri Kluang apabila kereta dipandu pegawai polis itu gagal dikawal dan terbabas ke kiri sebelum melanggar tiang elektrik.
Menurutnya, selepas kenderaan terbabit melanggar tiang elektrik ia berpusing dan masuk ke laluan bertentangan sebelum terlanggar sebuah lagi kereta dinaiki sepasang suami isteri dari Melaka menuju Kuantan.

“Akibat kemalangan itu, mangsa yang bertugas di Hospital Kuala Krai dan mengandung anak sulung maut di tempat kejadian, manakala suaminya yang hanya calar ditubuh dikejarkan ke Hospital Pekan (HP) untuk rawatan lanjut. “Pasangan suami isteri yang turut terbabit dalam kemalangan itu pula tidak mengalami sebarang kecederaan dan polis sudah mengambil keterangan mereka untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya ketika ditemui selepas melawat pegawai polis itu di wad kecemasan hospital berkenaan.

On9 Metro!  waaaaaaaaaaaaaaaaaaa.. so sad! lg kemalangan ;( guyssssssssss.. plssss drive carefully ok??

Dalam lawatan itu, Mohamad Noor Idham dilihat mengalami trauma teruk dengan kejadian terbabit apabila sukar untuk menceritakan kejadian sebenar kepada Yahaya, sebaliknya hanya menangis dan memeluk beg tangan isterinya.

Mohamad Noor Idham hanya mampu berkata dia mahu pulang ke kampung untuk berbuka puasa bersama ibunya dan dia masih tidak dapat melupakan detik bersama isteri sebelum kejadian berlaku.

Sementara itu, ibu Mohamad Noor Idham, Salbiah Abdullah, 50, berkata dia tidak tahu anak sulungnya daripada lima beradik itu merancang untuk pulang ke kampung dan berbuka puasa bersamanya.
“Anak saya tidak memberitahu pun dia akan pulang bersama menantu untuk berbuka puasa bersama saya, sebaliknya dia hanya memaklumkan perkara ini kepada adiknya, Norlidaya, 22. “Dia mungkin mahu memberikan kejutan kepada saya kerana tidak dapat pulang beraya di kampung disebabkan menantu yang bertugas di hospital tidak dapat cuti,” katanya ketika ditemui di pekarangan bilik mayat hospital berkenaan.

Friday, August 19, 2011

3 Beranak Maut - Korban Baju Raya

as usual, dok bukak online Metro la. actually this news dah dengar dari Berita semalam. feel sad + simpati dengan nasib keluarga nie. tapi ajal maut semua di tangan tuhan. guys, plsss berhati-hati di jalan raya! ingat lah orang tersayang ok?

REMUK...kereta sewa mangsa yang terbabit kemalangan.
REMUK...kereta sewa mangsa yang terbabit kemalangan.


KEMAMAN: Hanya pakaian raya yang baru dibeli menjadi kenangan abadi tiga beranak yang terbunuh dalam kemalangan ngeri di Kilometer 127, Jalan Kuala Terengganu–Kuantan di persimpangan masuk ke Awana Kijal & Spa Resort, Kijal, di sini, kelmarin.
Kejadian pada jam 11.15 malam itu berlaku ketika mangsa, Aswari Ariffin, 36, isterinya, Nik Herna Haryani Mokhtar, 28, dan anak tunggal mereka, Mohd Airil Zufairi Aswari, 3, dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Gong Cengal, Kemasek, di sini, selepas membeli persiapan Aidilfitri di Kuantan.

Mereka mati di tempat kejadian manakala adik Nik Herna, Nik Nursyafikah Mokhtar, 10, yang berada dalam kenderaan itu patah kaki dan tangan serta cedera di kepala dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu.
Kejadian dipercayai berlaku apabila Perodua Viva dipandu Aswari dari Kuantan ke Kuala Terengganu terbabas sebelum bertembung sebuah Suzuki Swift yang datang dari arah bertentangan.

Menurut seorang lagi adik Nik Herna, Nik Mohd Khairul Azim Mokhtar, 20, ahli keluarganya itu mengambil kesempatan cuti umum sempena Nuzul Quran untuk membeli-belah bagi menyambut Aidilfitri di Kuantan.

“Abang ipar saya (Aswari) yang bekerja di Kawasan Perindustrian Gebeng, Kuantan, baru mendapat gaji Selasa lalu dan dia menyewa Perodua Viva untuk membawa keluarganya membeli persiapan menyambut Aidilfitri.

“Dia bersama kakak dan anak bertolak ke Kuantan pada jam 11 pagi, tapi kira-kira sejam kemudian mereka berpatah balik untuk mengambil Nik Nursyafikah kerana sudah berjanji membawanya untuk membeli baju raya,” katanya ketika ditemui di perkarangan Hospital Kemaman, semalam.

Nik Mohd Khairul berkata, dia tahu mengenai kemalangan itu selepas ibunya menerima panggilan daripada seorang ahli keluarga yang memaklumkan kejadian pada jam 12 tengah malam.
“Kami bergegas ke tempat kejadian dan mendapati semua mereka sudah dibawa ke Hospital Kemaman.

“Apabila tiba di hospital, kami terkejut apabila mendapati kakak, abang ipar dan anak mereka sudah meninggal dunia manakala Nik Nursyafikah dihantar ke HSNZ untuk rawatan lanjut,” katanya.

Bapa Nik Herna, Mokhtar Said, 52, berkata malam sebelum kejadian dia hairan melihat cucunya, Mohd Airil bangun bersahur dan membawakan segelas air minuman.

“Saya agak terkejut kerana sebelum ini dia tidak pernah bangun sahur dan kelihatan ceria sepanjang pagi itu, namun saya tidak mengesyaki sebarang kejadian buruk bakal berlaku,” katanya yang mengakui tidak berasa sedap hati dan berdebar sejak beberapa hari lalu.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdullah Sani Salat, berkata ketika kejadian, keluarga terbabit dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kampung Gong Cengal, Kemasek di sini, selepas membeli-belah di Kuantan.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, kereta mangsa terbabas dan gagal dikawal lalu memasuki laluan bertentangan dan bertembung sebuah Suzuki Swift yang datang dari arah Kuala Terengganu,” katanya.

Menurutnya, tiga beranak terbabit meninggal dunia di tempat kejadian manakala Nik Nursyafikah parah di kepala serta badan dikejarkan ke HSNZ untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Pemandu Suzuki Swift, Ahmad Tajuddin Mohd Ariffin, 25, pekerja Tenaga Nasional Berhad yang dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Bandar Chukai patah kaki dan masih dirawat di Hospital Kemaman,” katanya.

Menurutnya, mayat mangsa yang meninggal dunia dipercayai akibat parah di kepala dan badan dibawa ke Bilik Mayat Hospital Kemaman untuk bedah siasat.

Jenazah tiga beranak itu dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Pekan Kemasik di sini, pada jam 2 petang semalam.

Sementara itu, abang ipar Nik Herna, Rahmat Idris, 29, yang ditemui di HSNZ memaklumkan Nik Nursyafikah berada dalam keadaan koma sejak dipindahkan ke hospital itu, awal pagi semalam.

“Saya tidak pasti keadaan sebenar Nik Nursyafikah yang juga anak bongsu daripada sembilan beradik, cuma dimaklumkan doktor dia patah kaki dan tangan,” katanya.

Thursday, August 18, 2011

Layan Jiwang

malam nie tergerak hati nak update. depa dok layan HBO Movie, bab cerita perang-perang nie memang kurang perhatian la nak tengok! so, on la laptop then searching lagu-lagu jiwang! tetiba nak layan blues la kunun. ya Allah, memang rasa nak guling-guling kesedihan bila dengar lagu-lagu sedih nie!

> The Virgin : Cinta Terlarang (nih lagu favourite!)
> Tak Bisa Memilihmu : 6ixth Sense

bukan teringat ke ape ke, tapi lagu-lagu nie buat kan saya rasa tergamam! :( waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.. sedih nya!

Iklan Nuffnang

checking my account with Nuffnang! asal x gerak2 my $$$ nih! hm, maybe sebab i used old email kot?? so,create la new account using this blog email plak ;)) or memang depa lambat update?? confius pulak! ada siapa-siapa yang tau??
   


Pesanan Penaja

to yang mengalami masalah peribadi or sebagainya, pesanan penaja..

"Kita kena kuat kan hati & diri. Lumrah hidup. Kita kena sabar.. Nie semua ujian Tuhan"

Tuesday, August 16, 2011

Jawatan Kosong di Perbadanan Stadium Negara

kekosongan jawatan di perbadanan stadium negara seperti berikut. for more detail  click here!

1. Penolong Pegawai Tadbir Gred N27
2. Penolong Akauntan Gred W27
3. Pembantu Teknik Lanskap Gred J29
4. Penolong Jurutera Gred J29
5. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29
6. Pembantu Tadbir N17
7. Pembantu Tadbir Gred W17
8. Juruteknik Gred J17
9. Juruteknik Komputer Gred FT17
10. Pembantu Am Pejabat Gred N1
11. Tukang Gred K2
12. Pemandu Kenderaan Bermotor Gred R3
13. Pekerja Awam Gred R1 
   
as usual la, x de kerja mencari kerja la sekarang ini. so, any vacancy yang open saya pasti APPLY. berharap akan ada peluang di masa depan. jawatan paling suitable untuk saya cuma yang berkaitan dengan Komputer & Teknologi Maklumat. so, dalam sektor awam cuma jawatan ini jea la yang saya boleh pohon.

1) Pegawai Teknologi Maklumat
2) Penolong Pegawai Teknologi Maklumat

ehemm.. tapi saya lebih prefer nak apply Penolong Pegawai Teknologi Maklumat jea la dulu. sebab? al maklum la masa amek Degree time tue banyak sangat masalah peribadi. so, penumpuan pada belajar tue kurang. bukan nya kurang, sememang nya kurang sangat-sangat. so, pointer tidak begitu memuaskan.

tapi, result for my Diploma Alhamdulillah memuaskan! ;) so, for the future kena la apply berdasar kan the best result kan? lets join me apply for this position.


Pesanan dari PDRM

ini adalah pesanan yang saya dapat dari seseorang! pls take note about this things. demi keselamatan bersama. sharing is caring ok.



Jika anda memandu diwaktu malam dan cermin kereta dilempar telur ayam jangan on wiper atau pancut air.Terus memandu dengan apa yang mampu dilihat hingga tiba ditempat selamat.Ini kerana jika telur ayam bercampur air ia akn menjadi susu dan akan kaburkan 92.5% tahap penglihatan kita yang akan memaksa kita berhenti.Disitulah kita akan menjadi mangsa perompak.Inilah teknik baru yang digunakan perompak dijalanan. - Polis DiRaja Malaysia.

Mood Raya Datang Lagi!

mood raya kembali auwww. actually patut nya arie ahad lepas my Cinta janji nak bawak shoping! nak pie gerbang malam ( ala2 Petaling Street ). tapi di sebab kan malam ahad tue ada match bola Man U vs West Bromwich A terpaksa la postpone malam nie. sebab besok kan public holiday.

as usual la, bila tiba arie raya semua org dok sebok-sebok kelam kelibut la nak beli baju baru la, beg baru la, kasut baru la, semua-semua nak baru la! x terkecuali la saya ok! sebab nya tue semua adalah keinginan yang tidak terlampau ye! :)

ok, my mood raya taun nie is PURPLE! so, this raya confirm-confirm la berbaju PURPLE! hal baju rasa nya da settle la nie, tinggal nak beli yg lain-lain acessories jea! :D

in planning! this raya nak......(ehem3.. to my Cinta, pls take note!)

hand bag!


mau this handbag! simple+kecik! (but nak cari handbag nie katne! sebab nya still in planning nak shoping mana. kunun nak ke Betong, tapi sana bukan ada apa-apa pun kan!) nak ke London, jauhhh! simpan angan-angan mat jenin la kalau nak ke London sana!

Gucci High Hell


for kasut raya? ini yang saya ngidam-ngidam kan! semesti nya la saya nak kelihatan tinggi, angggun, santek & bergaya oh!! ahaks! :)

lagi?? and lagi?? still in thinking.. later i update ok!



Monday, August 15, 2011

Gara-gara Payung Tumbuk, Cekik Isteri Depan Anak-Anak

mowning guys! jom celik mata ngan berita nih! because of mintak tolong si suami bawa kan payung pun kena belasah?? ya Allah.. wtfishhhhhhhhhh la lelaki zaman sekarang nih! dasar otak seminit betul!! credit to On9 Metro!

SERDANG: Seorang isteri ditampar, ditumbuk dan dicekik di hadapan anak-anaknya hanya kerana meminta tolong suaminya membawakan payung untuknya masuk ke rumah ketika hujan lebat, di rumah mereka, di Bandar Putra Permai, di sini, kelmarin.
Sumber polis berkata, dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, mangsa berusia 34 tahun baru pulang dari kelas menjahit ketika hujan lebat dan menelefon dari dalam kereta meminta suaminya membawakan payung.

“Suaminya tidak menjawab panggilan telefon, sebaliknya hanya mengintai dari tingkap rumah sebelum menyuruh anak mereka berusia 10 tahun keluar memberikan payung kepada mangsa.
“Sebaik masuk ke rumah, mangsa mempersoalkan tindakan suaminya tidak mengendahkan permintaannya dan tindakannya itu menimbulkan kemarahan suspek yang tiba-tiba menamparnya beberapa kali,” katanya.

Sumber berkata, mangsa cuba mempertahankan diri dengan membalas balik pukulan suspek, namun, menyedari perlakuannya diperhatikan anak-anak mereka, suspek menarik mangsa masuk ke dalam bilik mereka.

Menurutnya, suspek menolak mangsa ke atas sofa dan menumbuknya bertubi-tubi sebelum mencekik mangsa dan perbuatannya itu hanya dihentikan selepas anak mereka berusia empat tahun menangis dan memeluk kaki lelaki terbabit.

“Suspek menolak anaknya itu sehingga jatuh ke lantai sebelum meninggalkan rumah berkenaan,” katanya.

Mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Serdang, semalam dan Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Abdul Razak Elias ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mangsa.