Thursday, February 11, 2016

Happy 2nd Birthday FARISH ISKANDAR!

#Assalamualaikum & Salam Sore! 

Agak kelewatan mengupdate topic untuk arjuna beta kesayangan Farish Iskandar. Tapi xmengapa, biar lambat mana pun janji ada ye dakk? Huhuhu..

Ayat seperti biasa lah, pejam celik pejam celik anak kita dah pun memasuki ulangtahun ke seterusnya. Begitu pantas masa berlalu, rasa macam baru jea mama lahirkan awak sayang.

1 Januari 2014, kelahiran anak kedua saya Farish Iskandar. Baby new year okeh! Hehhehe..  Satu pengalaman paling tidak dapat dilupakan saat-saat melahirkannya (induce katakan! ) Sobbb sobbbbb....

Okay.. Our planning this time celebrate dekat rumah jea. Senang nak berhias bagai, tapi xla beria mana pun. Kelam kabut jugalah sebab di saat-saat akhir orang kerusi+meja call kata tak dapat hantar kerana mereka terlepas pandang yang sebenarnya semua telah dibooking. Maka dengan sangat kelam kelibut lah saya terpaksa buka mudah.my untuk mencari senarai contact yang lain untuk menyewa kerusi meja nih.

Alhamdulillah dengan izin Nya dapat juga & semuanya berjalan dengan lancar. Yang penting adik Farish  Iskandar dapat diraikan dan tersangatlah happy si dia bila mendapat hadiah yang banyak.

Okay cukup takat ini lah, biarlah gambar berbicara sayang sayangku..

Happy Birthday  sayang mama, sayang papa, sayang abang Aleef Iskandar & sayang baby Danny Iskandar...

Akhir kata dari mama,

Semoga anak kesayangan mama FARISH ISKANDAR  sentiasa diberikan kesihatan yang baik, dan akan menjadi anak yang soleh. Love you sayangggggg! 

Akhirnya pengsan sudah.. Hehehee..

Ya Allah , haramkan wajah kedua-dua ibu bapaku dari disimbah api neraka. Kurniakan buat mereka syurga tanpa hisab. 

 Ya Allah peliharalah anak-anakku selama ia berada diatas muka bumi ini dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan-Mu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah anak-anakku dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu. Ya Allah, mudahkanlah perjalanan dalam kehidupannya,murahkanlah rezekinya. Ya Allah jadikanlah anak-anakku sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.

Tuesday, November 24, 2015

Happy 7month Danny Iskandar!

#Assalamualaikum & Salam Sore!

Alhamdulillah.

Genap lah usia nya 7bulan. Pejam celik rasa baru sahaja mendapat khabaran mengandung kan nya. Rezeki dari Allah. Amanah ini akan kami jaga, pelihara & didik sebaik-baik nya.

 الّلهُمَ اجْعَلْهُ صَحِيْحًا كَامِلاً وَعَاقِلًا حَاذِقًا وَعَاِلمًا عَامِلًا 

Allahummaj’alhu shohiihan kaamilan, wa ‘aqilan haadziqon, wa ‘aaliman ‘amilan

“Ya Allah, jadikanlah ia anak yang sehat sempurna, berakal cerdas, dan berilmu lagi beramal”

Ya Allah , haramkan wajah kedua-dua ibu bapaku dari disimbah api neraka. Kurniakan buat mereka syurga tanpa hisab. 

 Ya Allah peliharalah anak-anakku selama ia berada diatas muka bumi ini dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan-Mu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah anak-anakku dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu. Ya Allah, mudahkanlah perjalanan dalam kehidupannya,murahkanlah rezekinya. Ya Allah jadikanlah anak-anakku sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.

2 Buah Hati Penangan Jantung!

#Assalamualaikum & Salam Sore!

Memperkenal kan 2 buah hati penangan jantung yang hadir ke dalam keluarga kami dan yang akan sentiasa berjasa dalam memberikan bakti setia kepada keluarga kami.

Ehemmmm..

Encik Axia & Encik Kia Caren...

Alhamdulillah dan syukur atas rezeki yang di beri Nya..

Ya Allah , haramkan wajah kedua-dua ibu bapaku dari disimbah api neraka. Kurniakan buat mereka syurga tanpa hisab. 

 Ya Allah peliharalah anak-anakku selama ia berada diatas muka bumi ini dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan-Mu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah anak-anakku dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu. Ya Allah, mudahkanlah perjalanan dalam kehidupannya,murahkanlah rezekinya. Ya Allah jadikanlah anak-anakku sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.

Tuesday, October 20, 2015

Swimming @The Centro, Klebang Ipoh

#Assalamualaikum & Salam Sore!

Hyee uolss.! Ok telah sekian lama meninggalkan hobi '"swimming" since mengandungkan Danny Iskandar. Dan Alhamdulillah kini Danny Iskandar telah pun membesar sihat & memasuki 7bulan..! Pejam celik besar dah si manja mama!

Maka di kala weekend mula tercari-cari aktiviti riadah bersama anak-anak! Misi membawa anak-anak bermandi-manda. Kebiasaannya dulu bawa Aleef Iskandar & Farish Iskandar ke swimming pool, Stadium. Tapi memandangkan kini swimming pool tersebut dalam penambahbaikan dan ditutup sementara waktu.

Makanya bercadang ke private pool di MK Land. Malang sugguh, rupanya Pool di MK Land tutup seawal jam 6.00 petang. Jadi kami terus beralih lokasi ke swimming pool The Centro yang terletak di Klebang.

Anak-anak dah x sabar nak mandi hehehe! Nyaris la pool di sana tutup jam 8.00 malam. Makaaaaaa biarlah gambar yang berbicara..

Ya Allah , haramkan wajah kedua-dua ibu bapaku dari disimbah api neraka. Kurniakan buat mereka syurga tanpa hisab. 

 Ya Allah peliharalah anak-anakku selama ia berada diatas muka bumi ini dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan-Mu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah anak-anakku dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu. Ya Allah, mudahkanlah perjalanan dalam kehidupannya,murahkanlah rezekinya. Ya Allah jadikanlah anak-anakku sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.

Wednesday, September 09, 2015

Begembira di Cheeky Tots : Ambang Merdeka

#Assalamualaikum & Salam Sore!

Ambang merdeka 31 Ogos 2015. 

Lokasi celebrate?? Nak bawak anak-anak celebrate tengok bunga api mungkin tidak la. Al maklum la ketiga-tiga mereka masih kecil + baby!  

Maka nya encik husband decide bawa anak-anak begembira di taman syurga mereka di Cheeky Tots! Cheeky nie lokasi nya di Ipoh jea, 10 minit jea dari rumah kami!

Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai Cheeky Tots nie leh la layari laman web Cheeky Tots !

Belanja sikit pic di lokasii... Hehehe! Enjoyyyyy!

Ya Allah , haramkan wajah kedua-dua ibu bapaku dari disimbah api neraka. Kurniakan buat mereka syurga tanpa hisab. 

 Ya Allah peliharalah anak-anakku selama ia berada diatas muka bumi ini dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan-Mu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah anak-anakku dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu. Ya Allah, mudahkanlah perjalanan dalam kehidupannya,murahkanlah rezekinya. Ya Allah jadikanlah anak-anakku sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.

Thursday, August 27, 2015

Panggilan Jawatan S27 @ Guru Tabika Kemas

#Assalamualaikum & Salam Sore!

Okay sangat lama menyepi! Huhuhu.. Kesibukan yang terlampau? Eh xla sampai melampau. Cuma kurang memberi perhatian kepada blog nie untuk seketika.

Sharing you...

Alhamdulillah. Xputus rezeki yang hadir, Alhamdulillah juga atas rezeki anak-anak yang tidak pernah putus-putus.

Sedang melepak seketika, 22 Julai 2015 saya dapat panggilan dari Kemas, Perak. Sila abaikan tarikh surat tersebut kerana mereka hanya membuat panggilan terus kepada saya. Kemas itu apa? Ok, singkatan dari Jabatan Kemajuan Masyarakat di mana Kemas nie di bawah Kementerian Kemajuan Bandar & Wilayah.

Panggilan apa ye? Saya berjaya dalam temuduga untuk jawatan gred S27 iaitu Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat atau senang cerita jawatan ini untuk jawatan Guru Tabika Kemas.

Dan keesokkannya 23 Julai 2015 dipanggil untuk menandatangani borang penerimaan dan 28 Julai 2015 pula kena terus melapor diri di Melaka untuk kursus orientasi. Sangat kesuntukan masa untuk berfikir dan tanpa apa-apa persediaan minggu hadapan nak kena pergi dah.

Ye, keesokkannya ditemani husband saya hadir ke Kemas Perak untuk menandatangani penerimaan tersebut. Kebanyakan yang hadir kesemua segera bersetuju, cuma saya seorang sahaja yang meminta "excuses" untuk hantar surat penerimaan tersebut keesokkan harinya atau juga mungkin tidak menerimanya.

Impian untuk menjadi Guru termakbul. Untuk jawatan ini saya hanya akan mengajar anak-anak yang berumur 4-6tahun sahaja dan hanya separuh hari mengajar. Best kan?? Paling best dapat mengajar anak-anak kecil tersebut!

Tapi, untuk jawatan ini wajib untuk menghadiri kursus selama 6 bulan. Maka nya.........
Atas alasan anak-anak, atas alasan Danny Iskandar yang masih sepenuhnya menyusu badan saya terpaksa tolak........

Jika & andai kata orientasi itu di dalam Perak, mungkin saya menerimanya..

Kata orang, mungkin ada hikmahnya & mungkin ada rezeki yang lebih baik kelak....

Kalau ikutkan hati memang rasa nak pergi, tapi memandangkan tanggungjawab pada anak-anak & halangan dari anak-anak yang memerlukan saya....... Saya terpaksa tolak.. Sedih memang sedih.. Huuuwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...

Saya redha dan percaya In sha Allah pengorbanan ini tidak sia-sia...

Semoga kelak akan ada peluang lagi untuk saya menjadi seorang Guru!