Monday, October 01, 2018

Pendaftaran Darjah 1 2019 Aleef Iskandar!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera .

Alhamdulillah diberi kesempatan untuk update ini kali. 😙

Mama Aleef Iskandar excited anak nak masuk Darjah 1 dah! Debaran mama papa yang x terluah dek kata-kata. Pejam celik, pejam celik dah membesar si arjuna beta Aleef Iskandar.



Okay as usual mama memikirkan lokasi untuk persekolahan si arjuna beta. Tiada pengalaman al maklum la anak pertama memasuki alam persekolahan uolssss.

Pada awalnya cadangan untuk menghantar si Aleef Iskandar ke SJK Cina Bercham berjaya didaftarkan. Tetapi bila memikirkan rungutan dari dia, maka mama berkira-kira semula makanya mama pergilah semula ke SJK Cina Bercham dan membatalkan semula permohonan.

Ok next.

Permohonan secara online memudahkan cara, mama mendaftarkan si arjuna berdekatan dengan office mama & papa.... Di mana? SK St. Michael.... Setelah keputusan permohonan keluar, berjayalah si arjuna mama ditempatkan di sekolah tersebut.

Ok then papa menjalankan kerjanya membuat pengesahan di SK St. Michael.


OPPPSSSSSS..

Suddenly.. Mama ada exam dekat SMK Anderson, parking pula beside SK Cator Avenue. Terus mama teringat masa mama hantar Adam pergi sekolah SK Cator Avenue. Damai dan tenang sekali melihat sekolah ini. Lokasi yang redup dan boleh dikatakan tidak begitu sesak menyebabkan mama berkira-kira semula untuk menukarkan Aleef Iskandar ke sekolah ini.

So, nextttt.

30/09/2018. Rayuan penukaran sempat dilakukan sebelum tarikh tutup.

1/10/2018. SK St Michael call mama dan memberitahu permohonan pertukaran Aleef Iskandar ke SK Cator Avenue telah diluluskan.


Alhamdulillah dipermudahkan segala urusan untuk arjunaku.



Okay mama habis excited dah. Nie la sekolah Aleef Iskandar nanti. Senang mama papa nak jemput dia nanti sebab pagar dia betul-betul dekat dengan kelas. Xde la dia bersesak-sesak berjalan jauh nanti kan sayangggg.



Next year turn si adik menyusur ke sekolah yang sama sahaja. Tiada lagi berkira-kira ke sekolah mana dah.




Ya Allah , haramkan wajah kedua-dua ibu bapaku, wajah kedua-dua ibu bapa mertuaku dari disimbah api neraka. Kurniakan buat mereka syurga tanpa hisab. 


 Ya Allah peliharalah anak-anakku selama ia berada diatas muka bumi ini dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan-Mu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah anak-anakku dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu. Ya Allah, mudahkanlah perjalanan dalam kehidupannya,murahkanlah rezekinya. Ya Allah jadikanlah anak-anakku sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.