Thursday, August 27, 2015

Panggilan Jawatan S27 @ Guru Tabika Kemas

#Assalamualaikum & Salam Sore!

Okay sangat lama menyepi! Huhuhu.. Kesibukan yang terlampau? Eh xla sampai melampau. Cuma kurang memberi perhatian kepada blog nie untuk seketika.

Sharing you...



Alhamdulillah. Xputus rezeki yang hadir, Alhamdulillah juga atas rezeki anak-anak yang tidak pernah putus-putus.

Sedang melepak seketika, 22 Julai 2015 saya dapat panggilan dari Kemas, Perak. Sila abaikan tarikh surat tersebut kerana mereka hanya membuat panggilan terus kepada saya. Kemas itu apa? Ok, singkatan dari Jabatan Kemajuan Masyarakat di mana Kemas nie di bawah Kementerian Kemajuan Bandar & Wilayah.

Panggilan apa ye? Saya berjaya dalam temuduga untuk jawatan gred S27 iaitu Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat atau senang cerita jawatan ini untuk jawatan Guru Tabika Kemas.

Dan keesokkannya 23 Julai 2015 dipanggil untuk menandatangani borang penerimaan dan 28 Julai 2015 pula kena terus melapor diri di Melaka untuk kursus orientasi. Sangat kesuntukan masa untuk berfikir dan tanpa apa-apa persediaan minggu hadapan nak kena pergi dah.

Ye, keesokkannya ditemani husband saya hadir ke Kemas Perak untuk menandatangani penerimaan tersebut. Kebanyakan yang hadir kesemua segera bersetuju, cuma saya seorang sahaja yang meminta "excuses" untuk hantar surat penerimaan tersebut keesokkan harinya atau juga mungkin tidak menerimanya.

Impian untuk menjadi Guru termakbul. Untuk jawatan ini saya hanya akan mengajar anak-anak yang berumur 4-6tahun sahaja dan hanya separuh hari mengajar. Best kan?? Paling best dapat mengajar anak-anak kecil tersebut!

Tapi, untuk jawatan ini wajib untuk menghadiri kursus selama 6 bulan. Maka nya.........
Atas alasan anak-anak, atas alasan Danny Iskandar yang masih sepenuhnya menyusu badan saya terpaksa tolak........

Jika & andai kata orientasi itu di dalam Perak, mungkin saya menerimanya..

Kata orang, mungkin ada hikmahnya & mungkin ada rezeki yang lebih baik kelak....

Kalau ikutkan hati memang rasa nak pergi, tapi memandangkan tanggungjawab pada anak-anak & halangan dari anak-anak yang memerlukan saya....... Saya terpaksa tolak.. Sedih memang sedih.. Huuuwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...

Saya redha dan percaya In sha Allah pengorbanan ini tidak sia-sia...

Semoga kelak akan ada peluang lagi untuk saya menjadi seorang Guru!






Ya Allah , haramkan wajah kedua-dua ibu bapaku dari disimbah api neraka. Kurniakan buat mereka syurga tanpa hisab. 

 Ya Allah peliharalah anak-anakku selama ia berada diatas muka bumi ini dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan-Mu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah anak-anakku dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu. Ya Allah, mudahkanlah perjalanan dalam kehidupannya,murahkanlah rezekinya. Ya Allah jadikanlah anak-anakku sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.