Tuesday, August 21, 2012

Selamat Hari Raya

# Salam

I'd like to wish you..

I'm sorry if there's any of my posts have hurt anyone's feelings. Tak kira siapa pun awak, my family, friends, ex-roomate, ex-housemate, ex-classmate, ex-bff, or siapa pun awak.. I'm sorry for everythings.

Saya hanya manusia biasa yang tak pernah lepas dari melakukan kesilapan. :) Love yaaa!


Thursday, August 16, 2012

Iskandar shopping lagi!!

# Salam.

Iskandar shopping lagi lagi & lagi. Raya coming soon, mama Iskandar pun gelisah bak cacing kepanasan. Mana tak nya, baju raya, seluar raya, handbag raya, kasut raya, make-up raya semua nya belum lagi beli.

At Tesco @ beli barang-barang rumah for keperluan di hari raya. Iskandar nak tak nak kena la follow mama & papa dia. And aktiviti dia tidoq jela     zZZzzzzzzzzzzzzzzzzzzz..




Husband ajak shopping Jusco.. but this time kami terpaksa tinggal kan Iskandar dengan opah & atok nya. Before keluar, pam susu dulu la as usual. Sedih hati mama nak tinggal kan buah hati kesayangan mama. (cam lama jea kan?? padahal 2-3jam jea hehehe)

At Jusco @ cari baju raya, tapi tak ada yang berkenan di hati. This raya tema family Purple.. (so, nak di jadi kan cerita baju husband mak dah beli kan. Yang ladies punya mak suruh beli sendiri)

Memandang kan 2-3month before raya saya masih mengandung, so nak tempah baju pun tak boleh. So, kena beli yang siap jela. Lokasi shopping dress/shirt/t-shirt/sandal/jeans as usual Padini - big sales tue sampai 70% ehemmmmmm. Paling over shoping sampai beratus-ratusan ringgit husband!! Saya?? Hanya mampu berputih mata huhuhu. Cewahhhhhhhhh. Tapi sempat gak la sambar 4-5helai shirt hehehe.

Okay kembali bab Iskandar shopping lagi. Masa dekat Jusco terserempak dengan kawan husband. Teruja pula saya tengok stroller Disney anak dia. Smart & baby dalam stroller pun nampak lena tidur. Anak kawan husband birth dia 13/07/2012. Beda age dia dengan Iskandar 3days jea. Ha??! Ada geng gak la orang yang berpantang berjalan-jalan keluar. Cerita bab stroller, stroller yang kami beli tak boleh baring macam stroller Disney tue. So, terus excited nak beli kan Iskandar stroller Disney tue.

Keesokkan hari nya ajak husband ke Mydin & Greentown Mall. Mulut husband "potpet-potpet" bising sebab nya dia la nak kena jadi driver and babysitter bila keluar nanti. Huh?? Elehhhh!! barang dia dah fully lengkap boleh la dia bersenang hati.

At Mydin @ this time excited sebab nak cari kan Iskandar new stroller. :) Sampai kan tertinggal my phone dalam kereta. So, tak dapat catch pic Iskandar dalam Mydin. Sempat catch pic Iskandar masa nak balik jea. Time nak balik tue Iskandar happy bangat sebab dia dapat stroller baru lagi. Suka mama bila tengok anak kesayangan mama happy :) Berbunga-bunga hati mama.


Orang kata sambil menyelam minum air kan?? While waiting staff Mydin pasang kan stroller and husband pula nyusu kan Iskandar. Saya pun menuju ke arah baju-baju raya. Cari baju raya warna purple tapi tak ada 1 pun yang berkenan di hati. Last-last jumpa baju raya yang berkenan di hati lah - warna hitam, cun & sexy hehehe (tapi still nampak ayu okay!!) size?? still "S" okay ehehehe.. tapi bila try baju macam ketat pula. then jadi nya baju M & kain S hahaha. Then cari kan baju melayu hitam untuk husband. Husband sempat sambar sampin nya, corak seakan-akan my baju raya hehehe. So, tema kami bertukar la nampak gaya nya. Di sebab kan dah dapat apa yang di cari, destinasi ke Greentown Mall di batal kan. :)

Saturday, August 11, 2012

Iskandar at Jusco

hari raya is comingg.. so persediaan raya masih zero.. al maklum la berpantang pula betul-betul time bulan puasa sampai la raya nanti.. orang lain bershopping.. x kan saya berputih mata pula kan?? kang x pasal-pasal ajak husband pie karoake nyanyi lagu biar putih tulang - Dinamik huhuhu..

okay selesai saja check up, saya, husband and iskandar laju menuju ke Jusco Ipoh.. biar lah gambar yang berceritaaaaaaaaa.. enjoyy! :D

Iskandar : mama papa.. Iss nak borong 1 Jusco nie..


Iskandar : wahhhh! ramai aweks-aweks cunnnn.. ffeeWIIT!!
OPSS.. maaa hiden la botol susu Iss.. malu la Iss..!

Iskandar : mamaaaa.. change Iss new pampers!!
faster la.. kang Iss nangis kang!!

Iskandar : padan muka papa mama, kan Iss dah nangis.. xmo dok dalam stroller.
sape suh lambat sangat tuko pampers Iss..

Iskandar 1month

my ♥ Iskandar 1month
happy 1month my ♥ Iskandar..!! eh, orang celebrate every year kan? tapi mama Iskandar excited sangat nak celebrate bucuk mama every month..

di sebab kan Iskandar dah 1month so he need to clinic.. for cucuk 1month. rasa x sanggup nak bawa dia ke clinic. sebab x sanggup nak tengok dia menangis kesakitan..

as usual  waiting for husband la macam selalu check up pregnant sebelum nie.. husband always menemani everytime check up.. so, for check up baby pun dia sangat diperlukan. pulak tue im still in pantang..

2.40pm pun still at home. husband dah bising-bising suruh siap cepat.. sampai clinic pun around 3.15 then x ramai orang pun time tue. ada la 3-4orang jea. tapi x tau la apesal service depa nie lambat sangat. around 3.55pm baru depa panggil. firstly depa timbang baby..

"Alhamdulillah, berat Iskandar dah naik 3.8kg tinggi dia lak 50cm"


after that depa timbang mama Iskandar la pulak..

"Dukacita, berat mama Iskandar x turun-turun lagi.. *.*kg (hahaha.. berat mama Iskandar kena la di rahsia kan..)"

selesai bab timbang tara, now time to cucuk baby.. hmmmmmmmmmmmmmm..

me : eh, saya x sanggup.. awk pie la eh??
husband : awak nie.......................
me : nanti saya sedih.. huwwwwwwwwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.. :(


saya hanya mampu memerhati dari jauh jea.. kesimpulan nya, saya sangat bertuah sebab mempunyai husband yang sangat berani.. haishhhhhhhhhhhhh.. tengok saya melahir kan baby pun dia berani, ini kan hal kecik begini kan..

baby nangis kejap jea, itu pun time nurse tarik jarum.. lepas tue dia sambung tidur balik zzZZzzzzzzz.. bagus Iskandar mama nie.. mama tau Iskandar kuat.. :D

p/s : check up masih belum berakhir di sini. lepas settle cucuk Iskandar.. check up mama Iskandar pula and kisah Perancang Keluarga pula.. huhuhu.. kisah nya to be continue..

Thursday, August 09, 2012

Nama Aleef Iskandar??

selesai bab kelahiran.. so, next bab menamakan putera cinta hati kami pula.. bab register nie kerja husband la.. sebab saya masih berpantang di rumah..


Aleef Iskandar, nama yang di pilih husband sepenuh nya.. pilihan saya pula?? di sebab kan baby boy, so saya serah kan kat husband jela..

next baby?? my turn la pula kan?? huhuhu.. :D

Wednesday, August 08, 2012

Hello World :)

Alhamdulillah.. dengan kurnia & limpah Nya and husband yang menemani di saat-saat kesakitan hingga kelahirannya saya selamat melahir kan putera kami yang di beri nama Aleef Iskandar pada 10/07/2012 seberat 2.4kg jam 7.40pm.

lets sharing you detik-detik kelahiran Iskandar.. constraction since monday lagi, around 2.00am.. about 4.30am kejot kan husband ajak gie hospital. sampai hospital Doc check memang ada constraction tapi baru 2cm, so di sebab kan laluan sudah buka kena tahan wad terus. constraction makin kerap and sehingga malam pun still 2cm. ya Allah rasa nak menangis menahan kesakitan yang amat, bukaan laluan still sama. nyaris la ada kekuatan di sebab kan husband yang setia menunggu.. sebak rasa nya saat tue..

keesokkan pagi nya constraction berganda-ganda. and x mampu nak bertahan rasa nya. then minta ubat tahan sakit kat nurse, tapi nurse refer Doc dulu sebelum bagi ubat. and Doc pun check, sel0p-selop rupa nya bukaan dah 5cm so depa suruh masuk labour room, tapi before that masuk ada 1 bilik. kat situ la depa check balik bukaan and time tue gak depa buang kan air kencing and pecah kan air ketuban. then baru lah masuk labour room. masuk jea bilik labour room terus suruh nurse panggil kan husband.

riuh keadaan dalam bilik labour di sebab kan saya dah x senang duduk and sampai kan berulang kali Doc check bukaan. rasa nya time tue saya jadi HULK seketika memandang kan bukaan baru 8cm. walaupun bukaan baru 8cm, rasa constraction makin kuat and time tue saya dah start meneran. Alhamdulillah 7.15pm Doc check laluan dah bukak sepenuh nya 10cm. so.. bermula lah aktiviti teran meneran push pushhhhhhhh..  (bla bla bla bla bla).. rasa nya Doc/Nurse/Bidan yang memberi semangat ada lah dalam 7-8orang.. tapi yang pasti nya orang yang paling memberi semangat adalah husband saya!! tanpa nyaaaaaaaaaaaaaa.. fuhhh.. tiada kata-kata yang mampu di ucap kan..

**Alhamdulillah.. selamat melahir kan putera cinta hati kami 7.40pm..

after jea baby lahir, nurse terus bawa baby jumpa Doc pakar kanak-kanak sebab nya baby x nangis masa keluar.. x sempat nak tatap muka baby time tue, just nampak sekali imbas jea masa depa tarik baby keluar.. husband pun x sempat nak azan kan baby time tue.. after that nurse suruh husband tunggu dekat luar, sebab nak keluar kan uri and selesai kan jahitan saya dahulu.. rasa nya dalam half an hour gak la bab jahit-menjahit.. then depa pindah kan saya ke wad semula.. keluar dari labour room, nurse berhenti kat bilik baby.. ambil my baby lol hehehe..

Iskandar - Day 1
(a few hours after im giving birth..) after masuk wad, time tue la husband azan kan our baby.. now secara officially nya us become mama & papa.. mummy & daddy.. baba & bubuu.. hehehe.. :D
















Iskandar - Day 2..
mood saya bersemangat untuk pulang walau keadaan masih sakit nie.. then asking Doc bila saya boleh discharged?? then Doc tanya baby dah kencing berak x.. memandang kan Iskandar dah pun kencing berak, so Doc cakap petang boleh discharged tapi before tue baby kena jumpa Doc pakar kanak-kanak (case baby x nangis masa keluar  tue la).. around 4.30pm Doc pakar kanak-kanak datang then check baby.. Alhamdulillah xda pape.. Doc pakar kanak-kanak cakap ada sesetengah baby yang lahir memang x nangis.. so, no need to worry.. :) so.. after that Iskandar & mama bersiap-siap untuk pulang home sweet homeee..