iftar dengan kenkaum zaman muda+mudi dulu! :)) agak lama la x ketemu dengan depa semua. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar.
venue : Ipoh Hainan Chicken Rice, Greentown Ipoh
ada yang dah ada anak! ada plak yang xdapat mai sebab standby wife nak beranak da. hm, terkenang zaman dulu kala ouh! rasa nak tergelak pun ada kalu pikir balik.dulu melepak bagai nak rak sampai subuh baru balik. kena kejar dek polis la, kena "sekolah" dek polis-polis la! pie konvoi Penang la, KL la, macam-macam la! hmmm...
Saturday, August 27, 2011
‘Habuan’ selamat dua adik maksiat
let's join me read this articel, as usual la sumber On9 Metro! ;)
JOHOR BAHRU: Demi menyelamatkan dua adik perempuannya daripada terus bergelumang dosa, seorang kakak menempuh pengalaman pahit apabila putus jari kelengkeng akibat ditetak teman lelaki seorang adiknya.
Wanita yang mahu dikenali sebagai Hidayah itu berkata, selain putus jari kelengkeng, jari manisnya cedera dan kecacatan itu menyebabkan dia kehilangan pekerjaan sebagai kerani di sebuah syarikat swasta.
“Lebih memilukan majlis perkahwinan saya yang sepatutnya diadakan akhir Jun lalu turut dibatalkan. Itu ‘habuan’ yang saya terima dalam usaha menyelamatkan dua adik daripada kancah maksiat,” katanya.
Menurutnya, insiden itu berlaku pada 24 Mei lalu di rumah sewa kedua-dua adik perempuannya, dikenali sebagai Aishah, 20 dan Ain, 16, di sebuah taman perumahan di sini dan mereka bersekedudukan dengan teman lelaki masing-masing.
“Kakak mana boleh bersabar dengan sikap mereka yang bukan saja tinggal bersekedudukan dengan lelaki bukan Islam itu sejak April lalu, malah teman lelaki seorang daripada adik saya juga terbabit penagihan dadah,” katanya
JOHOR BAHRU: Demi menyelamatkan dua adik perempuannya daripada terus bergelumang dosa, seorang kakak menempuh pengalaman pahit apabila putus jari kelengkeng akibat ditetak teman lelaki seorang adiknya.
Wanita yang mahu dikenali sebagai Hidayah itu berkata, selain putus jari kelengkeng, jari manisnya cedera dan kecacatan itu menyebabkan dia kehilangan pekerjaan sebagai kerani di sebuah syarikat swasta.
“Lebih memilukan majlis perkahwinan saya yang sepatutnya diadakan akhir Jun lalu turut dibatalkan. Itu ‘habuan’ yang saya terima dalam usaha menyelamatkan dua adik daripada kancah maksiat,” katanya.
Menurutnya, insiden itu berlaku pada 24 Mei lalu di rumah sewa kedua-dua adik perempuannya, dikenali sebagai Aishah, 20 dan Ain, 16, di sebuah taman perumahan di sini dan mereka bersekedudukan dengan teman lelaki masing-masing.
“Kakak mana boleh bersabar dengan sikap mereka yang bukan saja tinggal bersekedudukan dengan lelaki bukan Islam itu sejak April lalu, malah teman lelaki seorang daripada adik saya juga terbabit penagihan dadah,” katanya
Thursday, August 25, 2011
Bila Lelaki Kehilangan Tulang Rusuknya
WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI: Kamu!!!
WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti) Kamu, tulang rusukku.
Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya.Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan.
Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan saya lagi!!!". LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!"
Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.
LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah. "Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing".
Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai.
LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.
Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di
hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.
Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.
LELAKI: Apa khabar?
WANITA: Baik... Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI: Belum.
WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah.
WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal.."
Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.
Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang dikemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat...
Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati... Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.
Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima??
Hukum Simpan Gambar Perempuan
salam 1Malaysia!! jom pagi-pagi dengar ceramah agama! sharing is caring okeh! :D
p/s : kalu xdpt fokus dengar sebab ada latar lagu click link nih ok? Click Here!
p/s : kalu xdpt fokus dengar sebab ada latar lagu click link nih ok? Click Here!
Wednesday, August 24, 2011
4 hari kurung kekasih suami
jom baca Metro On9! ini pun 1 hal, macam-macam ragam kalau si Isteri dapat tahu kecurangan suami nya! so, beware la to gadis-gadis/perempuan-perempuan yang cuba mahu merampas suami orang lain. if stil rasa nak kacau suami orang lain PLSSSSSSS lupa kan jela hasrat tue! x baik meruntuh kan Masjid orang lain. kalau BF orang @ tunang orang boleh accept lagi ok? tapi bukan SUAMI orang! nanti buruk padah nya.. dapat-dapat lak perempuan gila! hm! ouh, Nauzubillah! pray to Allah, semoga tiada hal buruk camnie berlaku dalam hidup kita ok?
GOMBAK: Tangannya digari, kepalanya dibotakkan manakala sebatang gigi depan dicabut dengan playar ketika dikurung selama empat hari di sebuah rumah di Taman Saga, Ampang, di sini, sejak Jumaat lalu.
Itu nasib seorang wanita berusia 31 tahun yang diculik isteri kekasihnya yang berang dengan tindakan mangsa menjalin hubungan sulit dengan suaminya.
Mangsa yang tinggal di Rawang diculik dari rumahnya kira-kira jam 9 malam Jumaat lalu dan suspek yang berusia awal 30-an dibantu adik lelakinya berusia lewat 20-an.
Sumber polis berkata, sepanjang dijadikan tahanan, mangsa didera dan tidak diberikan makanan, malah suspek serta adik lelakinya meminta wang tebusan RM50,000 daripada suaminya atau mangsa akan dibunuh.
Menurutnya, ketika menculik mangsa, suspek dan adik lelakinya itu mengetuk pintu rumah mangsa sebelum memperkenalkan diri isteri kepada teman lelaki mangsa.
GOMBAK: Tangannya digari, kepalanya dibotakkan manakala sebatang gigi depan dicabut dengan playar ketika dikurung selama empat hari di sebuah rumah di Taman Saga, Ampang, di sini, sejak Jumaat lalu.Itu nasib seorang wanita berusia 31 tahun yang diculik isteri kekasihnya yang berang dengan tindakan mangsa menjalin hubungan sulit dengan suaminya.
Mangsa yang tinggal di Rawang diculik dari rumahnya kira-kira jam 9 malam Jumaat lalu dan suspek yang berusia awal 30-an dibantu adik lelakinya berusia lewat 20-an.
Sumber polis berkata, sepanjang dijadikan tahanan, mangsa didera dan tidak diberikan makanan, malah suspek serta adik lelakinya meminta wang tebusan RM50,000 daripada suaminya atau mangsa akan dibunuh.
Menurutnya, ketika menculik mangsa, suspek dan adik lelakinya itu mengetuk pintu rumah mangsa sebelum memperkenalkan diri isteri kepada teman lelaki mangsa.
Monday, August 22, 2011
Status FB
status 1years ago~! cepat jea masa berlalu, & megimbau kenangan lalu ouh!
>>
masih busy bermain
game 








n sedg ingin mgumpul harta2 



>>
yeyyyeyye!! going to swimming
dis nite at swimming pool Stadium!! 

>>
skt kepala
, lapar..today bebuka dgn 









, also my fav 
..yuuumMmm..yuummMMYY!!
>>
masih busy bermain
>>
>>
skt kepala
Deraian Mata Suami
.
PEKAN: Hanya beg tangan putih berbunga merah jambu milik isteri menjadi penawar duka seorang pegawai kanan polis apabila wanita itu maut bersama bayi dalam kandungan berusia tujuh bulan selepas kereta dinaiki mereka terbabas dan merempuh tiang elektrik di Kilometer 65, Jalan Kuantan-Segamat berhampiran Paloh Hinai, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, mangsa, Noor Edlina Ahmad Bakhari, 36, berasal dari Kota Bharu, Kelantan, mengalami kecederaan serius di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala suaminya, Inspektor Mohamad Noor Idham Ali Mat Noor, 27, berasal dari Kluang, Johor, dan bertugas di Cawangan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu, hanya cedera ringan.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Yahaya Othman, berkata pasangan suami isteri itu dikatakan dalam perjalanan dari Kota Bharu menuju Kluang untuk berbuka puasa di rumah ibu Mohamad Noor Idham di Taman Sri Kluang apabila kereta dipandu pegawai polis itu gagal dikawal dan terbabas ke kiri sebelum melanggar tiang elektrik.
Menurutnya, selepas kenderaan terbabit melanggar tiang elektrik ia berpusing dan masuk ke laluan bertentangan sebelum terlanggar sebuah lagi kereta dinaiki sepasang suami isteri dari Melaka menuju Kuantan.
“Akibat kemalangan itu, mangsa yang bertugas di Hospital Kuala Krai dan mengandung anak sulung maut di tempat kejadian, manakala suaminya yang hanya calar ditubuh dikejarkan ke Hospital Pekan (HP) untuk rawatan lanjut. “Pasangan suami isteri yang turut terbabit dalam kemalangan itu pula tidak mengalami sebarang kecederaan dan polis sudah mengambil keterangan mereka untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya ketika ditemui selepas melawat pegawai polis itu di wad kecemasan hospital berkenaan.
On9 Metro! waaaaaaaaaaaaaaaaaaa.. so sad! lg kemalangan ;( guyssssssssss.. plssss drive carefully ok??
Dalam lawatan itu, Mohamad Noor Idham dilihat mengalami trauma teruk dengan kejadian terbabit apabila sukar untuk menceritakan kejadian sebenar kepada Yahaya, sebaliknya hanya menangis dan memeluk beg tangan isterinya.
Mohamad Noor Idham hanya mampu berkata dia mahu pulang ke kampung untuk berbuka puasa bersama ibunya dan dia masih tidak dapat melupakan detik bersama isteri sebelum kejadian berlaku.
Sementara itu, ibu Mohamad Noor Idham, Salbiah Abdullah, 50, berkata dia tidak tahu anak sulungnya daripada lima beradik itu merancang untuk pulang ke kampung dan berbuka puasa bersamanya.
“Anak saya tidak memberitahu pun dia akan pulang bersama menantu untuk berbuka puasa bersama saya, sebaliknya dia hanya memaklumkan perkara ini kepada adiknya, Norlidaya, 22. “Dia mungkin mahu memberikan kejutan kepada saya kerana tidak dapat pulang beraya di kampung disebabkan menantu yang bertugas di hospital tidak dapat cuti,” katanya ketika ditemui di pekarangan bilik mayat hospital berkenaan.
Subscribe to:
Posts (Atom)


